Dari Berat 116kg Ke 66kg Sampai Imej Pun Bertukar, Lelaki Kongsi Tips Turun Berat Badan

Memiliki tubuh badan yang sihat dan ideal adalah impian setiap orang. Badan yang sihat membolehkan kita boleh lakukan apa sahaja dengan lebih mudah, baik bekerja ataupun ibadah.

Menjalani kehidupan yang sihat bukan sahaja dari segi pemakanan namun turut menitikberatkan senaman sebagai satu gaya hidup yang sihat

Justeru, antara langkah awal ke arah hidup lebih sihat adalah dengan mendapatkan berat badan yang sesuai.

Lelaki ini hilang 50 kilogram

Menerusi seorang pengguna Facebook yang bernama Faiz Saumi, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 50kg (116kg ke 66kg) dalam masa setahun.

Kongsi amalan seharian dalam tempoh setahun

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020)

Wajib ambil sarapan pagi

1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh.

Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.

2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil2 buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

Jangan sesekali tinggal makan tengahari

3) Jam 1.00-2.00 petang lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jangan sesekali skip.

Lunch yang biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng).

4) Jam 3.00-4.00 petang buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang.

5) Jam 5.30-6.30 petang ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

Saya elakkan nasi pada waktu malam

6) Jam 7.00-7.30 mlm dinner time. Saya elakkan nasi untuk waktu malam. Tapi saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan muscle hasil penat dari workout.

Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yg besar. Antara sayur sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.

7) Jam 9.00-9.30 mlm selepas isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula.

Jangan ambil minuman bergula

8)Tips lain2 , jgn sesekali ambil minuman yg bergula, banyakkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research.

Pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua.

Semoga tip dan panduan yang diberikan menjadi panduan kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan anda.

Perkara paling penting adalah jangan mudah putus asa dan semoga anda berjaya menurunkan berat badan ke tahap ideal.