Jumpa Bungkusan & Nota Bisnes Tutup, Ibu Hamil Sampai Meraung Ketika Dirawat

Dah menjadi kebiasaan orang Melayu kita. Nampak orang lain mula meniaga sahaja, pasti ada yang dengki. Lebih teruk lagi apabila ilmu hitam juga turut digunakan akibat khianat dan busuk hati.

Orang sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi dendamnya sehingga mangsa yang terkena buatan syirik merana menanggung kesakitan.

Pun begitu, apa reaksi anda jika anda sendiri yang terkena dengan buatan orang di premis perniagaan milik anda sendiri?

Baru-baru ini seorang ibu mengandung diuji hebat apabila perniagaannya diganggu oleh individu yang dengki melihat kejayaannya.

Wanita bernama Nellysa difahahkam telah diganggu sejak hujung tahun 2021 lagi. Menurut suami Nellysa, Afiq, isterinya kerap mengalami mimpi buruk sehingga menyebabkan masalah sukar untuk tidur.

Bukan itu sahaja, setiap kali bangun daripada tidur, Nellysa akan berasa bisa di badan dan kaki. Afiq bertambah risau apabila kini isterinya mengandung.

Menurut video yang dimuat naik Afiq, staff kafe yang dibuka bersama isterinya juga menjumpai pelbagai barangan aneh seperti duit syiling bersepah.

Yang lebih mengejutkan suami isteri itu mereka menemui bungkusan tuala wanita berisi duit syiling, jarum dan ranting bersama nota “Neli tutup” di belakang kedai!

Pun begitu, Afiq ada meminta maaf kepada orang ramai jika pernah menyinggung perasaan dan meminta indivu yang tidak bertanggungjawab itu agar berhenti menganggu mereka sekeluarga.

Dia juga meminta agar orang ramai mendoakan dia dan keluarga agar dijauhkan dari hasad dengki manusia.

Dalam pada masa yang sama, Afiq berkata keadaan dia dan isterinya sudah bertambah pulih selepas berjumpa dengan ustaz.

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AfiqZulkifly (@azrlafiq)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati melihat keadaan mereka sekeluarga. Netizen turut menzahirkan rasa geram akan individu yang menyihir mereka.

Antara komen-komen netizen di Instagram

“Ya Allah Ezzah😭😭 aku sedih laaa..semoga kau cepat sembuh. Sayang kau Ezzah🥺❤️”

“Ni laa dengki. Tknak bersaing dengan hebat., sebab penakot. Takot kalah.. kalau takot kalah,jgn jadi manusia yg bodoh. Upgrade diri..sama2 berjaya. Jenis dengki mcm ni, sama bangsa pulak tu. Memalukan!”