Selebriti
Dakwa Aafiyah Dilayan Istimewa Kerana Uniform Bersulam , Netizen Tampil ‘Backup’ TokTi

Terdahulu, isu seorang influencer yang diberi sekampit kacang syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah menjadi perbualan hangat netizen di platform media sosial. Namun, dia telah membuat permohonan maaf malah turut mengatakan tidak mengetahui SOP tentang pemberian kacang tersebut. Pun begitu, ada sikap segelintir individu yang mahu mengaitkan kontroversi tersebut dengan isu yang lain.
Terbaharu, seorang individu di laman Twitter telah mendakwa penyanyi tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin mendapat layanan istimewa mengenai sebuah video yang memaparkan aksi Aafiyah memakai baju sekolah dan dilihat namanya telah disulam dengan uniform tersebut.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @iniAlalalann dia turut berkongsi tangkap layar yang diambil daripada Instagram rasmi sekolah berkenaan. Difahamkan, ciapan tersebut bertujuan untuk membalas tuduhan yang dilemparkan oleh seorang pengguna.
“Haters gonna hate. Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigihlah hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tiba-tiba kena tuduh tak ada integriti bagai. Podia hang?” ciapnya.
Dalam pada yang sama, satu tangkapan layar yang lain menunjukkan seorang pengguna telah membalas ciapan tentang isu pempengaruh tersebut dan tiba-tiba mengatakan penyanyi tersohor negara mendapat layanan istimewa kerana uniform nama anak bersulam tetapi rakyat marhaen hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.
“Pramugari yang beri kacang banyak2 kat influencer media sosial tu adalah bukti rakyat Malaysia ni sendiri rata-ratanya korup. Takde integriti. Tapi kebanyakan orang lebih nampak influencer tu yang jahanamkan kerjaya dia.” ciap seorang pengguna Twitter.
“ kan sama konsepnya dgn kes artis bernombor hantar anak sekolah aritu, uniform anak artis siap bersulam nama…. anak marhain takda pun..tu netizen ok pulak..” dakwa individu tersebut.
Walau bagaimanapun, penyanyi tersohor negara Dato Siti dilihat tampil menjawab komen netizen dan menjelaskan print nama anaknya di uniform tersebut dihantar olehnya ke kedai.
“Kat baju tu memang ada print nama ya. Anak saya sekolah di sana sejak 2017, tak ada pula baju print nama,” komen seorang netizen.
“Saya print sendiri… Hantar ke kedai,” balasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi tentang isu uniform anak Dato Siti yang bersulam. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan individu tersebut sebenarnya sengaja untuk membangkitkan isu yang tiada kena mengena.
Antara komen warganet:
Menipu aih anak marhaen takdak buat sulam nama kat baju, kadang kat pencil case pun ada sulaman nama depa. Sebab apa? Anak sekolah rendah ni kadang main rembat ja hat member punya, pensel tekan tu pun jenuih berebut duk mengaku hat masing masing kalau tak bertanda.
— NrhdyhMhmed (@CikManisDonut) September 7, 2022
takguna punya manusia. banyak busuk hati dari bersangka baik dengan manusia lain.
— (@dextrosesaline3) September 7, 2022
apalah yg kecoh sgt. adik aku tu pun ktwg buat benda sama. hantar jela kedai. kecoh betul
— pastispast (@lenaazid) September 7, 2022
dia tak ada benda nak borak tu, tu yg tetiber buat isu ntah apa apa ntah hahahahaha
— THATPSYCHOHEAD (@THATPSYCHOHEAD3) September 7, 2022
Perkongsian yang tular di laman Twitter dan Instagram:
Haters gonna hate. Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigih la hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tibah kena tuduh takdak integriti bagai. Podia hang? pic.twitter.com/vMssUkiE2g
— Rintik huJooooHHuuhuuu menciptaHoooHoooothoot (@IniAlalalannn) September 7, 2022
kan sama konsepnya dgn kes artis bernombor hantar anak sekolah aritu.uniform anak artis siap bersulam nama.. anak marhain takda pun..tu netizen ok pulak..
— AKuAnakMalaysia (@ayudagreat) September 7, 2022
You may like
Popular

“Jari tak berapa nak ada” Kongsi Kisah Kelainan Diri, Gadis Akui Tidak Terkesan Kata Negatif Orang Sekeliling

“Ayah, Omok datang ni” Lawat Pusara Bapa Sebelum Ke Sekolah, Gelagat Kanak2 Ini Undang Sebak Netizen

Ibu Terkesima Dengar Alasan Anak Tolak Tawaran Kolej, Risaukan Nenek Terlantar & Adik2 Siapa Nak Jaga

“Tak tergamak nak makan!” Pelanggan Kesal Sifat Tidak Jujur Peniaga, Tepung Lagi Banyak Daripada Sotong

“Dah tutup ‘dibuka’ balik” Mistik! Double Signal Van Menyala Sendiri Jam 1.30 Pagi, Ngam 30 Minit Lepas Hantar Jenazah
