Connect with us

Selebriti

Suami Tak Izin Pembedahan Bariatik , Nora Ariffin Akui Hanya Mampu ‘Telan Air Liur’ Lihat Rakan Artis Lain

Memiliki tubuh badan yang langsing, cantik dan sihat merupakan impian setiap individu. Lebih-lebih lagi golongan wanita. Malah, ramai yang sanggup untuk membuat rawatan kecantikan dan menghabiskan wang hanya semata-mata untuk kepuasan diri serta tampil lebih berkeyakinan.

Pun begitu, siapa sangka penyanyi terkenal Dato Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Wan Ariffin mengatakan pernah menerima tajaan untuk melakukan rawatan bariatik atau lebih dikenali sebagai potong usus.

Umum mengetahui, rawatan bariatrik adalah untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Bukan sahaja boleh mengatasi masalah obesiti, tetapi turut memberikan manfaat daripada sudut kesihatan juga ialah satu kaedah untuk mengurangkan berat badan dengan cara melakukan perubahan dalam sistem pemakanan termasuk perut atau usus kecil.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di InstaStory, Nora meluahkan rasa gembira  dan teruja melihat perubahan positif rakan-rakan artis yang lain semakin cantik dan slim selepas membuat pembedahan batriatik. Untuk pengetahuan, antara selebriti yang berjaya menjalani pembedahan tersebut adalah Ziana Zain, Melly Goeslow, Cat Farish dan Datin Alyah.

Menurut penyanyi ini, dia sememangnya pernah menyimpan hasrat yang sama untuk rawatan tersebut namun tidak mendapat keizinan suaminya Dr Rushdi Ramli walaupun dia telah mendapat ‘sponsor’.

“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim lepas pembedahan bariatrik…Saya pun dah dapat orang yang nak sponser tapi encik suami tidak izinkan. Kena taat. So telah air liur jelah.” tulisnya.

Tambahnya, dia terpaksa akur dan taat dengan kehendak suami dan hanya mampu telan ‘air liur’ sahaja.


Sekadar info, Nora Ariffin pernah mendirikan rumah tanggan dengan komposer terkenal, Johan Nawawi dan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Perkahwinan mereka dikurniakan empat anak, dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

Tahun 2019, anak keduanya Muhammad Syakir Alif meninggal dunia pada usia 20 tahun akibat satu penyakit yang tidak diketahui.

Nora Ariffin telah berkahwin kali kedua dengan pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr. Rushdi Ramli yang juga rakan karib suami Nora, Johan Nawawi.

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)