“Dah Cukup Amal Kot” Aksi Rider Menyelit Bawah Lori Raih Kecaman Hebat Warganet

Kes kemalangan di atas jalan raya sememangnya tidak dapat dielakkan kerana kemalangan tidak mengenal waktu bahkan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Adakalanya, kemalangan berlaku oleh kerana perkara yang tidak dapat dielakkan seperti tayar pecah, langgar haiwan melintas dan banyak lagi namun ada juga disebabkan kecuaian seseorang individu itu sendiri.

Malah yang lebih teruk, disebabkan kebodohan seorang pengguna jalan raya, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang menunggang motorsikal secara berbahaya nyata mengundang kecaman ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @isusemasaviral, dapat kita lihat pemuda tersebut merakam aksinya yang menyelit secara merbahaya di bawah sebuah lori treler sewaktu menunggang motor di atas jalanraya.


Bukan itu sahaja, dia juga sempat ketawa setelah berjaya menyelit di bawah lori treler seolah-olah bangga dengan aksi yang dilakukan walaupun pemandu lori tersebut telah membunyikan hon panjang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap individu tersebut yang dikatakan saja mencari nahas melakukan perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, netizen juga memerli lelaki ini dengan mengatakan berapa banyakkah amal yang dilakukan sehingga sudah bersedia untuk ajal?

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter: