“Dah bersara pakai tudung ke?” Tampil Dengan Penampilan Baru, Zizie Izette Dikritik Netizen

Lumrah hidup sebagai selebriti, pasti apa yang dilakukan mendapat perhatian daripada warga maya. Tidak kiralah sama ada ianya satu perkara yang buruk atau pun baik, ianya tetap menjadi bualan.

Siapa yang tidak kenal dengan seorang pelakon hebat yang pernah membintangi filem Kekasih Awal dan Akhir ini? Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette merupakan kakak kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Umum mengetahui, Zizie kini mempunyai 5 orang cahaya mata dan disebabkan itu, Zizie Izette akui agak  sukar untuk tampil berlakon semula. Walaupun tidak lagi muncul di kaca TV namun dia sering berkongsikan aktiviti sehariannya di laman Instagram.


Seperti kisah yang tular baru-baru ini, Zizie meraih perhatian warganet apabila muncul dengan penampilan baru dengan berkongsikan gambar dirinya yang dilihat memakai baju dan seluar senada warna ungu terang dilihat semakin kurus dan menawan.

Terdapat beberapa netizen yang terkejut dengan perubahannya yang semakin kurus dan memuji dirinya yang kelihatan semakin cantik walaupun sudah berusia.

Malah, isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar ini telah berkongsi InstaStory memaparkan dia sedang berada di gimnasium bersama rakan artis tanpa mengenakan tudung malah hanya memakai hair band bagi menahan rambutnya daripada menganggunya ketika melakukan work out.

Di dalam posting tersebut, dia sempat memaklumkan bahawa perjalannya masih jauh untuk mendapatkan bentuk badan yang diimpikan namun dia bangga dan gembira dengan setiap pencapaiannya setiap hari.


Walau bagaimapun, Ada juga netizen daripada applikasi Facebook yang mempersoalkan tindakan pelakon tersebut yang memuat naik gambar tanpa mengenakan tudung serta gaya  baju yang menampakkan lekuk tubuh badannya.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat memerlinya dengan mengatakan tudungnya bakal ‘hilang dari radar’ tidak lama lagi memandangkan dia yang sedikit demi sedikit menayangkan auratnya.

Antara komen warga maya di laman Facebook:

“Tudung pun bakal hilang dari radar tak lama lagi”

“Eh..dah bersara pakai tudung ke?”

“Bukan ke dia bertudung dulu?”

“Tu lah rasa dia bertudung..ni pakai baju renang atas darat..pic bila ni hahah”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette)