“Dah bagi signal awal dah” Selamba Marah & Ketuk Kereta Orang, Geng Penunggang Basikal Teruk Dikecam

Aktiviti berbasikal kini menjadi trend yang amat popular di Malaysia sejak kebelakangan ini kerana ianya merupakan sebuah aktiviti riadah yang sihat dan menarik. Ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja lelaki bahkan kaum wanita, malah golongan artis juga menunjukkan minat berbasikal sehinggakan ada yang mempunyai basikal (road bike) sendiri walaupun harganya agak mahal.

Bagaimana pun, menunggang basikal di kawasan yang sesak sememangnya mengundang pelbagai risiko buruk bahkan banyak isu kemalangan yang melibatkan penunggang basikal sebelum ini kerana ‘degil’ dan tentap menunggang basikal di kawasan yang tidak sesuai.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana salah seorang penunggang basikal yang berbasikal secara berkumpulan memarahi seorang pengguna jalan raya mencuri perhatian ramai.

Jika dilihat dalam video itu, kawasan yang dilalui oleh mereka sememangnya sesak dengan kereta-kereta yang melalui kawasan tersebut.


Difahamkan lelaki ini ingin masuk ke salah satu simpang dan telahpun memberikan signal lebih awal. Bagaimana pun, datang seorang penunggang basikal memarahi pengguna jalan raya ini dengan mengangkat tangan nya dan mengetuk permukaan kereta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap penunggang basikal yang sudahlah degil menunggang di kawasan sesak bahkan bersikap biadap.

Netizen juga mengatakan bahawa mereka akan menyusahkan ramai pihak sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter: