Cyst Dalam Perut Cecah 6CM, Isteri Fad Bocey Terpaksa Jalani Pembedahan

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak ‘Bocey’ yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey ini? Bukan sahaja berbakat dalam dunia hiburan malah mereka juga mempunyai suara yang bukan ‘biasa-biasa’.

Iospital phone repair gombak
Pun begitu, baru-baru ini Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam ini telah memuat naik satu perkongsian video di laman Instagram yang menimbulkan kerisauan peminat-peminatnya.


Menerusi hantaran tersebut, memaparkan isterinya Syaheera Rahman yang berada di atas kerusi roda dan ditolak oleh seorang doktor serta diiringi beberapa jururawat. Malah dia sempat meminta dari semua pihak agar mendoakan pembedahan berkenaan berjalan dengan lancar.


Susulan perkongsian yang dibuat suaminya, Syaheera tampil menjelaskan perkara yang sebenar menerusi Instagram Stories. Difahamkan, kesihatannya yang tidak menentu itu menyebabkan dia sering kali keluar masuk hospital.



Menurutnya, dia telah mengalami rasa sakit di bahagian perut lalu mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor dan disahkan mendapati jangkitan dan cyst yang bersaiz 2cm.

“Banyak yang dm sakit apa pula kali ini. Mesti pelik kan Sya dan penyakit berpisah tiada. Haritu baru warded. Ni warded lagi. Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut…”

“Sakit yang saya cuba untuk hadam dan tahan. Lagi power dari sakit nak bersalin tu. Any painkiller pun tak jalan. Maknanya serah diri juga dan saya buat ct scan. Jadi doktor sahkan ada jangkitan dan cyst saiz 2cm..” katanya.


Walau bagaimanapun, pada mulanya Syaheera mengakui tidak merasa bimbang namun selepas sakit tersebut datang kembali saiz ketulan tersebut telah membesar sehingga 4cm.

“Dimana saya tak perlu risau pun tapi bila dah discharge sakit tu datang kembali tanpa dijemput. Tetap sakit yang kuat sangat. Bila check lagi dengan Dr. Norleen, cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya membesar bagai juara,” ujarnya lagi.

Oleh kerana itu, Syaheera terpaksa menjalani pembedahan secepat mungkin kerana jika semakin melarat ia boleh menyebabkan kanser dan sempat memohon agar individu yang mempunyai ‘cyst’ tidak mengambil mudah hal berkenaan.

“Jadi, bila kita putuskan untuk last check up, tahu tak iadi apa? Cyst tu dah bersaiz 6cm. Takkan nak tunggu besar baru nak remove dan tanpa cakap banyak, saya bersedia untuk serah diri…”

“Cyst ni paling risau kalau dia pecah dan rupanya cyst tu kanser memang sangat bahaya sebab boleh merebak. Saya selalu berdoa yang ia bukan kanser. Inilah sebab saya di sini. Sesiapa yang ada cyst, tolong jangan ambil mudah. Check betul-betul,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis dan warganet turut menitipkan doa agar isteri kepada Fad Bocey ini cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan dan pembedahan tersebut berjalan lancar.

Antara komen rakan artis dan warganet:

“semoga Allah permudahkan segalanya buat sha..”

“semoga dipermudahkan semuanya buat syaheera dan fad bocey..”

“moga dipermudahkan segala urusan aminn..”

“amin, semoga semuanya baik-baik saja..”

Perkongsian di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)