“Dah macam orang hilang” Poster Gambar Aiman Tino Buat Netizen Berdekah!

Iklan ataupun poster merupakan salah satu unsur penting yang digunakan dalam usaha pemasaran barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Ia juga berperanan untuk menarik perhatian masyarakat awam terhadap sesuatu perkara.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan selebriti dalam mana-mana program ataupun acara di luar sememangnya sangat gah dah menarik.

Iospital phone repair gombak
Pun begitu, baru-baru ini tular di platform media sosial apabila seorang pengguna Twitter telah meluahkan rasa terkejut melihat poster majlis yang melibatkan selebriti.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @_AmranFans di laman Twitter ini, memaparkan sekeping kertas bersaiz A4 yang mengandungi gambar penyanyi terkenal Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri berserta maklumat mengenai majlis Karnival Dinosaur yang diadakan di Lahad Datu Sabah.

Dalam ciapan tersebut, jika dilihat sekali pandang poster berkenaan seperti orang hilang malah ada yang mengatakan macam ‘wanted’ yang dikehendaki polis.

“Dah tahun 2022 dah kot. Tak kan lah dekat Sabah tu tak ada graphic designer. Dah macam poster orang hilang..” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dengan kertas iklan yang memaparkan gambar Aiman Tino seperti orang hilang itu.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan mungkin individu yang membuat poster tersebut mahu ‘save budget’ dan tidak mempunyai kreative serta hanya ala kadar sahaja.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: