Terlampau Penat Bekerja, Maya Karin Diserang ‘Anxiety’ Ketika Pengembaran

Penyakit anxiety atau keresahan ini merupakan salah satu penyakit emosi yang kerap berlaku dan boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira golongan dan umur. Namun kadang-kala mereka akan mengalami serangan panik pada masa yang tidak dijangka malah boleh terjadi bila-bila masa.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang pelakon terkenal yang pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah penyakit anxiety sejak lapan tahun lalu.

Baru-baru ini seorang aktres tanah air Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke telah memuat naik satu perkongsian dimana dia telah mengalami ‘anxiety attack’ secara tiba-tiba di lokasi pengambaran filem Telaga Suriram.

Menerusi beberapa foto dan video tersebut di laman Instagram, memaparkan dirinya yang sedang mendapatkan oksigen tambahan di lokasi pengambaran serta menunjukkan lokasi pengembaran di sebuah kolam renang.

“Keresahan (anxiety) menyerang lagi semalam, ketika sedang menjalani penggambaran babak dalam air. Saya perlu berehat sebentar pada pukul 3 pagi untuk mendapatkan oksigen tambahan…”

“Nasib baik ada medic on set. Itu yang pelik, bukannya saya tak boleh berenang, atau pun tak biasa dengan air…” luahnya.

Tambahnya lagi, Maya mengatakan mungkin kerana dia terlampau penat dan kurang berehat disebabkan urusan kerjanya lalu menyebabkan maya terkena serangan anxiety seperti otaknya berada dalam keadaan beku di dalam air sehingga tidak dapat menyelam serta menahan nafas.


“Rasa-rasanya antara punca semalam adalah over exhaustion (kepenatan melampau) from a hectic work trip kat Singapore dan terus ke set bagi penggambaran dalam air pada sebelah malamnya…”

“Badan saya dan fikiran saya dan otak saya ke freeze zone. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam” katanya.

Walau bagaimanapun, Maya akan mendapatkan rehat selama 3 hari sebelum menghabiskan baki pengambaran filem tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan warganet turut mendoakan agar pelakon ini sudah berada dalam keadaan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman tentang ‘anxiety attack’ yang berlaku kepada mereka.

Antara komen rakan artis dan warga maya:

“@maya_karin its dangerous. Boleh dapat oxygen cramp. As a cabin crew we all need certain amount of hours of rest after going deep sea dive before going airborne in flight. Rehat. You are so lucky..”


“Ouch!! Hope you’re feeling much better now Maya. Get some rest when you can…”


“Oh noo …. Hope u feeling better now kak maya .. so good bila ada medic on set, we never know when might need one kan..”

“Yess betul! Mind akan jadi freeze zone bile too exhausted .. i feel it yesterday ..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)