Datuk Seri Salahuddin Ayub Senaraikan Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah

Program Menu Rahmah telah dilancarkan pada 31 Januari 2023, memenuhi keperluan makanan harian bagi golongan berpendapatan rendah.

Iospital phone repair gombak

Menu Rahmah ialah hidangan yang seimbang dan lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran.

Menu ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM 5.00 sepinggan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sejak beberapa minggu pelancarannya, dilihat semakin ramai peniaga mula tawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan di seluruh negara.

Terbaharu, pengusaha Tomyam pula antara yang mula menawarkan Menu Rahmah tersebut.

Menerusi muat naik hantaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di Facebook miliknya berkata, perkenalan kepada Program Menu Rahmah telah mendapat perhatian ramai peniaga.

Malah, usaha itu turut mendapat perhatian daripada pengusaha-pengusaha Tomyam. Beberapa pengusaha Tomyam sudah mula menawarkan Menu Rahmah di kedai mereka.

“Selepas ini, kalau ada yang pergi kedai tomyam, bolehlah merasa keenakan Menu RAHMAH.

“Boleh beli untuk diri sendiri. Boleh juga beli untuk diberi pada yang memerlukan,” tulis beliau di hantaran Facebook miliknya.

Pengusaha Tomyam di beberapa negeri telah mula menawarkan Menu Rahmah mereka.

Beberapa negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak antara yang terawal mula perkenalkan menu tersebut.

Inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah turut menarik minat sektor lain.

Ini termasuk sektor perubatan yang menyediakan harga murah kepada golongan memerlukan terutama B40.

Jelas Datuk Seri Salahuddin Ayub, terdapat dalam kalangan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian berhasrat menyediakan Klinik Rahmah menawarkan pakej keluarga bagi golongan B40 dengan harga berpatutan.

“Bagi menjalankan idea ini, pihak kami perlu adakan kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbincang dan menjayakan (Klinik Rahmah) sekiranya benar ada doktor ingin klinik mereka memberi Perubatan Rahmah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pengusaha restoran makanan segera susulan permintaan keluarga yang ingin menyantuni anak mereka dengan makanan itu.

Hantaran yang dibuat di laman Facebook