Cubaan Meragut Gadis Baju Kelawar Gagal, Peragut Dirempuh Rider Grab

Jika disebut tentang meragut, tentu pelbagai kisah dan pengalaman yang dapat kita lihat di media sosial memerlukan kita ‘extra’ berhati-hati terutamanya kaum wanita yang memakai emas, beg tangan dan sebagainya.

Dahulu, jika orang nak meragut pastinya mereka akan lakukan di tempat yang sunyi namun pada zaman kini, di khalayak ramai pun mereka berani melakukan perkara terkutuk itu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dikatakan ‘terlepas’ daripada diragut oleh dua orang individu yang menaiki motorsikal mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 8.22 malam berdekatan dengan Menara Felda FGV yang membabitkan suspek lelaki warga tempatan dan Indonesia.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pada awalnya kelihatan seorang wanita yang memakai baju kelawar berjalan berseorangan di sebuah jalan.

Bagaimanapun, datang sebuah motorsikal yang melawan arus meragut wanita tersebut. Tidak mengalah, mangsa bergelut dengan suspek sehinggalah kejadian tersebut disaksikan oleh rider grab berhampiran.

Tanpa berfikir panjang, rider grab tersebut merepuh motorsikal suspek bagi mengelakkan mereka melarikan diri sebelum kejadian tersebut disedari oleh orang awam yang lain.


Orang ramai menghulurkan bantuan dengan menangkap dua orang individu tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji keberanian mangsa yang dikatakan berani melawan suspek walaupun berisiko dicederakan oleh dua orang individu tersebut.

Bukan itu sahaja, netizen juga ‘salute’ dengan tindakan rider grab yang sanggup merosakkan motor sendiri demi keselamatan orang lain.

Antara komen warga maya:

“Mangsa ragut tu memang mantap, lawan tetap lawa… banyak dia dapat delay kanmasa sebelum dapat bantuan dari orang sekeliling”

“Alhamdulillah, terbaik semua yang membantu terutama abang grab yang tak kisah motor calar demi menyelamatkan mangsa”


“Ini kalau dia pakai seluar, lagi teruk peragut tu kena”

“Terbaik adik ni tak biarkan peragut tu terlepas”


Video yang tular di laman TikTok: