“Sampai jatuh terduduk,” Murid Perempuan Galas Beg Berat, Ibu Tampil Dedahkan ‘Rahsia’ Sebenar

Tidak dinafkan, kanak-kanak sememangnya mempunyai ragam dan gelagat masing masing dan terkadang membuatkan orang ramai pelik dengan apa yang hendak dilakukannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak sekolah lengkap berbaju seragam dilihat asyik ‘terjatuh’ kerana beg sekolahnya terlalu berat untuk diangkat mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Nation Thailand, kanak-kanak perempuan dilihat bersungguh-sungguh untuk menggalas tali beg sekolahnya di atas bahu.

Namun usahanya itu hanyalah sia-sia kera beg itu dilihat sangat berat sehinggakan dia terjatuh beberapa kali sewaktu cuba untuk menggalasnya.

Disebabkan penat mencuba, akhirnya kanak-kanak itu hanya mampu mengheret beg tersebut. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki menuju ke arahnya untuk membantu.

Bagaimanapun, dia dihampiri seorang lelaki yang cuba untuk membantunya dan akhirnya dia berjaya juga menggalas beg tersebut.

Video tersebut membuatkan orang ramai berasa pilu kerana menyangka budak perempuan itu membawa buku teks dan mereka turut mempersoalkan dimana penjaga mereka yang sepatutnya menjemput budak ini pulang daripada sekolah namun rupa-rupanya tanggapan para netizen sama sekali tidak benar.

Salah seorang guru di sekolahnya (namanya tidak ingin didedahkan) memberitahu pemberita bahawa beg yang dibawanya itu rupa-rupanya berisi 36 kotak susu kecil dan gadis berusia tujuh tahun itu tidak ingin menyusahkan kedua-dua ibu bapanya dengan menjemputnya.

Menurut cikgu itu, sekolah mereka mempunyai kelas sehingga tengah hari pada hari Selasa dan pelajar-pelajar sekolah sepatutnya menunggu ibu bapa menjemput mereka. Hal ini demikian kerana masing-masing perlu membawa pulang kotak besar karton susu ke rumah masing-masing.

Gadis kecil itu mungkin berasa terlalu teruja dan meletakkan 36 kotak susu tersebut di dalam begnya dan pulang tanpa menunggu ibunya.

Bagi mengukuhkan kenyataan tersebut, Ibunya yang dikenali sebagai Suchada tampil mengesahkan bahawa beg anaknya itu bukanlah dipenuhi dengan buku-buku sekolah seperti yang disangka. Sebaliknya hanya 36 kotak susu dan empat buku sahaja yang terkandung di dalamnya.

Dalam masa yang sama diajuga memaklumkan bahawa jarak antara sekolah dan rumah mereka tidak begitu jauh, iaitu hanyalah kira-kira satu kilometer sahaja.

“Apabila saya tiba di sekolah kali ini, anak saya dah pulang.”

“Saya kemudiannya mengejar anak saya yang berada di tepi jalan semasa perjalanan pulang.”

“Saya tidak pernah tahu mengenai video tular ini dan hanya membawa anak saya terus pulang ke rumah,” kata ibunya.

Video yang tular:

@teerayutjayjakหนักอย่างน่อยๆแล้ว15กิโล

♬ เสียงต้นฉบับ – Teerayut Jayjak

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 10.5 Juta tontonan, 1 Juta tanda suka, 31.5K komen dan 65.2K perkongsian di applikasi TikTok.