“Comel betull” Wanita Hamil Mengidam Pegang Memerang, Suami Siap Minta Izin Pekerja Zoo

Ibu hamil bukan sengaja atau mengada teringin nak makan macam-macam. Cuma waktu hamil perubahan hormon berlaku menyebabkan mereka mengidam.
Iospital phone repair gombak
Jika mengidam sesuatu makanan itu perkara biasa namun ada juga sebilangan ibu hamil yang mengidam benda yang tidak terjangkau dek fikiran.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengidam nak pegang memerang di zoo telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanyanjee, kelihatan seorang pekerja zoo sedang gigih mengambil seekor memerang untuk diberikan kepada wanita itu.

Difahamkan, wanita berkenaan memaklumkan keinginannya untuk memegang memerang kepada suami.

Melayan permintaan si isteri, suaminya membawa wanita itu ke zoo dan meminta izin daripada salah seorang pekerja zoo untuk memberi isterinya memegang memerang itu.


“Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang. Alhamdulillah dapat jugak pegang. Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang, nasib dilayankan,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat gembiranya dapat memegang memerang.

“Alahai, ceria betul tu bila dapat pegang. Cute je, nasib ditunaikan” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui memang akan ada wanita hamil yang mengidam perkara yang ‘di luar kotak’ sehingga pening suami dibuatnya.

Antara komen warga maya:

“Nasib memerang.. bukan harimau kak.. hihihi”

“Best kak hajat tertunai.. saya tak lagi, suami cakap lokap full sekarang tak boleh nak gi tido n makan dekat sana”


“Lah boleh request ye.. adik saya selalu suruh saya bawak balik memerang dekat situ”

“Nak gelak, nasib ditunaikannn”

“Macam2 hal…”

“Bagus akak mengidam nak pegang memerang.. saya mengidam nak bela anjing”

“Baik nyer staff zoo tu”

“Saya mengidam nak pegang ular, alhamdulillah dapat jugak pegang”


Video yang tular di laman TikTok:

@wanyanjee Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang. Alhamdulillah dapat jugak pegang 🥰 Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang Nasib dilayankannn 🤭 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #memerang #memerangjinak ♬ Si Gendut – Agus Gobang