“Attitude kena cantik” Biadab Ketika Menjawab Soalan Juri, Dato’ Shafinaz Sekolahkan Peserta ATNM

Beberapa minggu lalu, Rancangan hiburan yang mencari bakat penyanyi dengan meletakkan 50 juri, All Together Now Malaysia (ATNM) baru sahaja bermula.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, baru-baru ini rancangan tersebut menjadi bualan ramai setelah salah seorang peserta berumur 16 tahun yang dikenali sebagai Ika dikatakan sangat biadab.

Manakan tidak, dia dengan selamba menjawab soalan juri, iaitu Catriona Ross dengan jawapan sarkastik dengan mimik muka yang kurang menyenangkan.


Terkejut dengan sikap peserta itu, Dato’ Syafinaz selaku kapten program itu sempat mencelah memberikan teguran buatnya.

“Sayang, nasib baik u bukan anak murid i, kalau anak murid i cakap macam tu, dah lama menangis. Tolong hati-hati ketika menjawab soalan. Kena cantik sikit bahasa kita ya adik.” kata Datuk Syafinaz

Ajai yang turut mendengar perkara itu bagaimana pun meminta peserta itu menghormati majlis dan lebih beradab ketika menjawab soalan juri.

Di belakang pentas, Catriona Ross berjumpa dengan peserta berkenaan secara personal dan memberikan teguran terhadapnya supaya tidak mengulangi kembali kesalahan tersebut.

“Pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti.” ujar Catriona

“No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. 2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati. 3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. 4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu.” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat serta pandangan masing-masing.

Bukan itu sahaja, ramai juga daripada mereka akui generasi pada masa kini agak sukar untuk dibentuk apatah lagi dari segi pertuturan.

Antara komen warga maya:

“Tahniah kak kek berani tegur dengan berhemah.. bagus juga dato shafinaz n ajai.. bentuk adab, budi bahasa..”

“Fuhh perangai engko dik”

“Siap tarik muka lagi tu”

“Kalau ada mas idayu.. kalau ada kak ogi.. memang kena kau dik”

“Paling good2 la dia ni hahahahaha”

“Mohon Diva AA, mas idayu join next time”


Video yang tular di laman TikTok:

@catrionarossofficial pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti. . No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. 2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati. 3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. 4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu. . #AllTogetherNowMalaysiaS2 ♬ original sound – CatrionaRossOfficial

@syafinazselamat.fans ‘Attitude kena cantik’ #datuksyafinaz #syafinazselamat #datuksyafinazselamat #toknaz #kapten #ketuajuri #juri #judge #vocalcoach #atnm #atnm2 #atnmy #atnmy2 #alltogethernow #alltogethernowmy #alltogethernowmy2 #alltogethernowmalaysia #alltogethernowmalaysiamusim2 #feartolaktepi ♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS