Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya, Lelaki Biadab Kini Diburu Polis

Dari kecil kita sudah diajar agar tidak menyusahkan orang lain apatah lagi untuk membahayakan serta mencederakan orang awam.

Namun adalanya perkara tersebut seakan dilupakan susulan ada segelintir individu yang sengaja membuat onar contohnya membaling sampah daripada tingkat atas bangunan.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu pernah viral dimana seorang penduduk di sebuah flat membaling satu bungkusan sampah dari cermin rumah dan sampah tersebut jatuh berselerakkan di bawah malah ada juga yang terkena cermin kereta orang awam sehinggakan cermin tersebut pecah.

Terbaru, tular di media sosial dimana seorang lelaki mencampak botol wiski ke jalan raya sekitar kawasan Dang Wangi mencuri perhatian ramai.

“Polis KL akan menjalankan siasatan untuk mengesan pelaku,” jawab seorang jurucakap

Jurucakap itu mengesahkan perbuatan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 268 (1) dan (2) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kacau ganggu awam dan mengikut Seksyen 290 yang boleh dihukum denda.

Menerusi TikTok @Syrupboy1, dia telah memuat naik video menunjukkan perbuatan tidak bertimbang rasa lelaki itu namun video asal telah pun diberikan amaran dan dibuang oleh aplikasi tersebut.

Pemilik akaun itu telah memuat naik video kedua meminta pihak PDRM mengambil tindakan tegas serta-merta sebagai pengajaran kepada netizen untuk menghormati orang lain, lebih-lebih buat pengguna jalan raya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut malah akui perbuatan itu sangat berbahaya apatah lagi jika terkena pada orang awam.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pihak berkuasa dapat melaksanakan tugas dengan baik dan pemuda tersebut diberikan hukuman yang sewajarnya.

Antara komen warga maya:

“Kalau jatuh atas orang atau kenderaan.. memang naya lah”

“Buatnye kena rider yang bawa motor kan naya haih”


“Angkat orang ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@syrupboy1 nnti saya up part 2#fy #fyp #viral #fypage #syrupboy ♬ original sound – ridzplayer

@ohmymedia.ccSelamba je dia campak botol arak keluar balkoni rumah dia. Sumber: syrupboy1♬ original sound – ohmymedia.cc