Anak 9 Tahun Melecur Teruk Gara2 Asid ‘Jiran Atas’, Ibu Kesal Disuruh Tarik Laporan Polis Terima Pelbagai Reaksi Netizen

‘Malang tidak berbau’ siapa sahaja yang boleh sangka apabila keadaan semuanya tampak normal, tiba-tiba ada pula kejadian yang berlaku.

Iospital phone repair gombak

Begitulah kisah yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini yang tular akibat terkena asid daripada ‘jiran atas’ rumah mereka lantas meraih perhatian ramai.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki yang bernama Haidar pada ketika itu sedang menggoreng telur di dapur.

Tiba-tiba, seluruh ahli keluarga mereka Haidar dikejutkan dengan bunyi paip pecah disertai dengan jerit kesakitan Haidar.

Buih sejenis cecair itu ditemukan di ruangan dapur, sebelum ianya dikenal pasti sebagai asid serbuk soda yang digunakan oleh jiran tingkat atas rumah mereka.

Siasatan awal juga mendapati bahawa jirannya itu menggunakan serbuk soda yang hanya dibeli secara ‘online’ dengan harga RM 50.

Susulan kejadian tersebut, kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun ini mengalami kesan lecur keseluruhan badan hampir tahap tiga dan dikatakan sedang dirawat di unit kecemasan (ICU).

Manakala, adik perempuannya, 7 tahun turut mengalami kecederaan di paha kanannya.

Hidayah yang merupakan ibu kepada anak-anak ini telah pun membuat suatu hantaran di laman Facebook menyatakan bahawa dirinya sudah redha dengan apa yang terjadi, dan dia juga sempat berpesan kepada penduduk yang menetap di kediaman jenis bertingkat agar mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi kepada anak-anaknya itu.

Walaupun dia terharu kisah kecederaan anaknya itu mendapat perhatian ramai, dia juga turut berasa terkilan kerana disuruh menarik balik laporan polis berkaitan kes berkenaan.

Hidayah sebagai seorang ibu, dia ingin menuntut keadilan terhadap anak-anaknya yang mengalami kecacatan kekal akibat perbuatan pihak yang berkaitan.

‘Update’ terkini, bahagian kulit Haidar kini semakin pulih dan diselimutkan dengan selimut khas untuk kulit yang terbakar.

Akan tetapi, Haidar akan bergantung dengan ubat-ubatan buat sementara waktu untuk memulihkan matanya yang turut terkena kesan daripada asid tersebut.

Jikalau masih tidak sembuh setelah tempoh yang ditetapkan, mata Haidar kemungkinan akan dilakukan pembedahan bagi membuang selaput yang rosak itu.

Hidayah sempat juga memberitahu bahawa anaknya itu teringin sekali teddy bear besar, sampai termimpikan ibunya itu membelikan teddy bear besar itu kepadanya.

MEninjau di ruangan komen, orang ramai mendoakan anak-anak Hidayah agar cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Antara komen netizen:

“Cepat sembuh ye dik 😭😭😭 moga urusan Puan sekeluarga dipermudahkan Allah SWT.. aamiin”


“Allahuakbar. Semoga cept sembuh n dipermudahkn segala urusan sis sekeluarga.. ”

Hantaran Facebook yang tular: