“Bukan Saya Cari Awak Untuk Buat Bisnes” Guna Nama Projek Baju Raya, Benladin Tuntut Hak Dari Wak Doyok

Siapa tidak kenal dengan Benladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan yang mana merupakan penyanyi dan juga pelakon remaja malah dia juga mula dikenali ramai setelah keluarnya lagi ‘Hikayat Benladin’.

Sebelum ini, dia dikatakan pernah bekerjasama dengan Wak Doyok untuk sebuah projek baju raya. Pun begitu, baru-baru ini Benladin dilihat ‘mengamok’ di Story Instagram meminta agar diberikan haknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin)


“Bila kami boleh dapatkan hak kami?”

“Bukan saya cari awak untuk buat business tapi awak yang cari saya untuk buat business. Mahukan nama ‘Benladin’ dan team saya untuk jual baju raya tu. Saya ingat ayat tu ya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin)


Benladin juga meluahkan bahawa dia berasa sangat terkilan dan kecewa dengan layanan yang diberikan sedangkan kerjasama tersebut sebenarnya dimahukan oleh Wak Doyok sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin)


Pun begitu, sehingga kini Benladin masih tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apakah hak yang dia tuntut pada Wak Doyok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)


Bukan itu sahaja, Wak Doyok juga tidak memberi apa-apa respon setakat ini malah tidak mengulas dengan lebih lanjut tentang isu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

Insta Story Benladin yang tular: