“Bukan budaya Islam” JAKIM Keluarkan Kenyataan Berhubung Valentine’s Day Raih Perhatian Wargamaya

Seperti yang kita tahu, 14 Februari merupakan Hari Valentine’s atau Hari Memperingati Kekasih yang merupakan sambutan tahunan bagi meraikan pasangan yang tersayang.

Tentu pada hari ini ramai yang telah menyediakan pelbagai persiapan atau aktiviti yang romantik untuk dilakukan bersama kekasih bukan? Tetapi pada setiap tahun, pasti ada sahaja isu tentang perkara tersebut dimana ramai yang masih keliru sama ada umat islam boeh ataupun tidak menyambut hari berkenaan.

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada mengeluarkan kenyataan di Twitter berhubung isu Valentine’s Day ini yang telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi posting tersebut, kelihatan pihak JAKIM ada mengeluarkan kenyataan berhubung sambutan Valentine’s Day di laman Twitter mereka.

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka,” Riwayat Abu Daud, No 4031.

Menurut sumber, nama “Valentine” merupakan panggilan nama bahasa Inggeris kepada nama Latin “Valentinus”. Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama sedemikian.

Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing berkenaan isu tersebut bahkan ada juga individu ‘non-muslim’ menyifatkan ianya hanyalah sekadar budaya dan sambutan, bukanlah agama.

Antara komen warga maya:

“Bukan budaya agama mana pun itu budaya individu saja”

Ramai betul non muslim bitter.. semoga diberi hidayah”


“Ala laaa ini budaya sesiapa saja, bukan agama.. I Lap u Jakim. Jangan takut, hari kekasih saja”

“Happy valentine’s day Jakim/Admin”

“Ye betul, jangan sibuk nak sambut”

“Sebagai reminder je kapa muslims, kenapa lah ramai sangat yang triggered, so childish”

Video yang tular di laman Twitter: