“Macam hotel mewah,” Penduduk Gotong-royong Cantikkan Flat Buat Netizen Teruja

Rumah pangsa atau selalu dipanggil rumah flat oleh orang kita kebiasannya takkan diubah suai kerana seperti yang kita tahu, flat merupakan hak milik strata.

Ditambah pula dengan orang kita yang semakin sibuk bekerja, jadi tak ada masa lah untuk bergotong-royong bagi mencantikkan lagi kawasan di flat tersebut.

Namun berbeza dengan komuniti penghuni di flat ini. Flat yang diperayai terletak di Ampang telah berubah 360 darjah apabila penduduk di situ bersama-sama menyumbang tenaga mengubah suai flat tersebut!

Situasi penduduk flat sedang sibuk bergotong-royong itu telah dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh pemuda bernama Nabil.

Menurut Nabil, penduduk di kawasan itu hanya mengambil masa sehari sahaja untuk mengutip dana bagi membiayai keperluan menghias flat itu.

Nabil yang juga penduduk di situ turut memuji semangat kejiranan yang ditunjukkan oleh jiran-jirannya.

Malah, mereka turut sama-sama menggembleng tenaga dalam usaha mencantikkan lagi kediaman mereka.

Antara kerja pengubah suaian yang dapat dilihat adalah mengecat dinding, menukar mozek dan bermacam lagi!

Video yang menunjukkan proses mengubah suai rupa flat itu secara tidak langsung menarik perhatian ramai!

Sejak ianya dikongsi, ia tular dengan jumlah tontonan sebanyak 188.3 ribu dan 11.7 ribu tanda suka!

Walaupun belum siap sepenuhnya, ianya sudah kelihatan cantik! Netizen kagum sehingga meminta kepada Nabil untuk memuat naik sambungan daripada video ini!

Video yang tular di laman TikTok

@nabilbsorleehe28 #ad #CapCut flat gotongroyong lagi geng #fypシ #fyp #TikTokguru #abanggrab #fypmuncullakau #support #flat #rumah #foryou #rumah #cantik ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Selang beberapa hari Nabil berkongsi hasil yang telah siap kepada netizen di akaun TikTok miliknya.

Sambungan

@nabilbsorleehe28 Reply to @norabeautyconsultant done ✅#fyp #flat #rumahtangga #rumah #budakflat #fypmuncullakau#varil #abanggrab #TikTokguru #foryou ♬ original sound – abang_Grab🇲🇾🇹🇭

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata teruja melihat hasil yang kemas yang dilakukan oleh komuniti flat tersebut. Netizen turut memuji suasana flat itu sudah hampir sama seperti hotel mewah!

Antara komen-komen menarik di TikTok

“Mcm hotel mewah”

“wah dh upgrde.🤩🤩🤩”


“woww cantiknya mcm hotel”