Buah Pinggang Gadis Ini Mengecut & Haid Tak Putus Gara-Gara Kerap Makan Fast Food & Minum Air Berkabonat

Ramai di antara kita yang suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti ‘fast food’, air berkarbonat dan banyak lagi. Makanan seperti ini tidak boleh diambil dalam jumlah yang banyak ataupun secara kerap kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Persis dengan sebuah kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis yang dikenali sebagai Nuralisya Aqila Yusran yang baru berusia 21 tahun, namun sudah ‘kehilangan’ buah pinggang kanan selain disahkan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi mencuri perhatian ramai.

Memetik aporan mStar, dia yang berasal daripada Segamat, Johor ini juga berkata masalah buah pinggang itu diketahui selepas melakukan pemeriksaan kesihatan wanita berkaitan haid.

“Pada pertengahan 2020 saya buat pemeriksaan sebab period saya tidak berhenti selama sebulan. Saya rasa pelik dan terus ke poliklinik dan doktor berikan ubat untuk berhentikan darah.”

“Selepas beberapa bulan makan ubat, saya dapati ia tidak memberi sebarang kesan. Jadi dalam tempoh itu, saya ulang-alik ke poliklinik untuk pemeriksaan lanjut dan selepas dua bulan doktor bagi surat untuk saya rujuk pakar sakit puan di Hospital Segamat, Johor,” katanya.

Tambah wanita yang aktif bersukan ini lagi, dia sangat terkejut apabila doktor di Hospital Segamat memaklumkan dia tidak mempunyai buah pinggang di sebelah kanan.

“Temujanji pertama ada buat scan dan doktor maklumkan yang saya tiada buah pinggang sebelah kanan. Kemudian datang beberapa orang lagi doktor untuk buat pemeriksaan termasuk ultrasound dan keputusannya tetap sama, saya tidak ada buah pinggang.”

“Akhirnya, saya diminta untuk buat MRI di Hospital Muar. Keputusan MRI menyatakan saya ada buah pinggang tetapi ia sudah tidak berfungsi kerana sudah kecut,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, hasil keputusan MRI yang dilakukan Mac tahun lalu menunjukkan buah pinggangnya hanya bersaiz lima sentimeter sedangkan ukuran normal adalah 12 hingga 13 sentimeter.

Nuralisya juga sempat mengakui mungkin ianya berpunca daripada tabiat pemakanannya sendiri yang gemar menikmati makanan segera sewaktu melakukan kerja sambilan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Saya ni suka sangat makan fastfood, hari-hari saya makan sebab lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya kerja sambilan di restoran makanan segera.”

“Dalam tempoh seminggu tu, tiga hingga empat hari saya akan makan mi segera pula… air bikarbonat pula hari-hari,” luahnya.

Dia juga sempat berpesan kepada orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala selain mengurangkan pengambilan makanan segera yang boleh mengakibatkan tahap kolesterol dalam darah tinggi.

Video yang tular di laman TikTok:

@_.nralisyaa

macam tu lah you

♬ original sound – SemiTruck

@_.nralisyaa Reply to @_.nralisyaa ♬ original sound –

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan ujian yang menimpa gadis ini pada usia yang sangat muda.

Antara komen warga maya:

“Anyone yg period dia tak normal, prgilah buat ultrasound syg”


“fast food mmg masalah. But punca utama yg paling jahat air berkarbonat”

“i pun dulu period non stop berbulan bulan. and 4 tahun lps baru dpt tau both kidney kecut.”