“Bom atom tu nak oi” Ayah Seram Anak Selamba Main Tudung Mak Baru Lepas Gosok Undang Dekah Netizen

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun terkadang ada juga karenahnya yang membuatkan para ibu ‘naik hantu’ melihatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak ini selamba bermain dengan tudung yang baru sahaja digosok mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, bila sebut sahaja fasal tudung, orang perempuan ni akan jadi lebih sensitif. Emosi mereka boleh ‘swing’ bila ada yang merosakkan atau terduduk atas tudung mereka selepas selesai digosok.

Menerusi video yang dirakam sendiri oleh ayahnya, kelihatan ayahnya hanya melihat sahaja telatah anaknya itu tanpa mampu berbuat apa-apa.

Bukan itu sahaja, ayahnya juga turut berseloroh memuji keberanian anaknya itu bermain dengan tudung tersebut yang ditinggalkan di atas katil itu.

Tidak cukup dengan itu, dapat juga kita lihat anaknya itu membawa tudung tersebut sehingga meleret di lantai untuk dibawa bermain.

“kau bermain dengan bom atom tu nak oi..Ayah seram dah ni..” katanya di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@anissafeeq Anak kau bermain dengan bom atom tu nak oi Ayah seram dah ni #fyp #foryoupage #anakayah ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – ♡︎

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 81.6K tontonan, 6027 tanda suka, 329 komen dan 102 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh pastinya yang akan dimarahi nanti bukanlah si anak tetapi lelaki itu sendiri.

Dalam mas ayang sama, para netizen juga terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ayahnya yang membiarkan sahaja si anak bermain dengan ‘bom atom’.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Anak takkan kena bom, bapak yang kena confirm.”

“Harap ayah selamat sebab ini semua salah ayah, sebab tak tengok anak.”

“Pagi tadi anak selamba baring atas bom nuklear depan maknya. Saya gelak je…”

“Abah redha ye nak.”