“Bolehlah saya pergi umrah” Menabung Syiling Selama 3 Tahun, Wanita Ini Berjaya Simpan Hampir RM20K

Sejak dari kecil lagi kita dah diajar untuk menabung, tapi bukan senang untuk mengamalkannya.

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung.

Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85) mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Intagram iaitu @sambasinformasi, memaparkan seorang wanita yang sempat bergambar bersama duit syiling yang disimpan sebelum membungkusnya ke dalam plastik. Bahkan, turut kelihatan beberapa individu yang lain membantunya dalam mengira duit syiling tersebut

Berkongsi lanjut, dikatakan duit tersebut akan digunakan buat menunaikan umrah.

“Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85) Bolehlah saya pergi ke umrah.”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sambas informasi (@sambasinformasi)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 4857 tanda suka dan 130 komen di applikasi Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kegigihan wanita ini yang mampu meraih hampir 20K dengan haya menabung duit syiling.

“Semoga perjalanan kamu dipermudahkan dan dilancarkan niat untuk ke Tanah Suci,” kata seorang netizen.

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga turut mendoakan agar urusannya untuk menunaikan ibadah umrah dipermudahkan dan ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa pekerja bank pun pasti akan menangis jika melihat gambar ini.

Apa-apa pun, marilah kita bersama-sama menerapkan amalan menabung dalam diri bak kata pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ malah perlu kita ingat bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil.