Bila Kucing Bandar Balik Kampung, Ramai Berdekah Melihat Gelagat Si Oyen

Macam manusia, kucing bandar kalau dibawa pulang ke kampung pasti kekok rasanya. Kucing di bandar kebanyakannya terperap di rumah sahaja dan bermain seorang diri, berbeza dengan kucing kampung yang lebih aktif dan lasak.

Kerana sudah dibentuk begitu, jadi semakin susahlah untuk kucing tersebut nak adapt dengan suasana di kampung. Nak nak lagi bila disuruh bergaul dengan kucing kampung. Haru-biru dibuatnya!

Namun lain pula perangai yang ditunjuk si oyen ini apabila dibawa pulang ke kampung halaman oleh tuannya. Gelagat kucing bandar itu telah mencuit hati ramai. Bukan sahaja comel, malah si oyen sangat ligat bermain, membuatkan ramai yang geram melihatnya!

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh Rohaiza, kucingnya itu dilihat sangat buas bermain sehinggakan lebih nakal jika nak dibandingkan dengan dua ekor kucing kampung yang ada di situ.

Kucingnya itu kelihatan memanjat tiang sambil diperhatikan oleh dua ekor lagi kucing. Mungkin terkejut melihat perangai si oyen, dua kucing itu turut terperanjat sehingga ‘berdiri’ bulu mereka!

Oyen yang dilihat ligat bermain itu walaupun saiz badannya kelihatan besar, namun badannya itu tidak menghalang dia daripada lincah bermain.

Selain itu, oyen terlihat lebih seronok bermain sendiri berbanding bersama dua ekor kucing yang lebih kecil daripadanya.

Sejak video tersebut dikongsi, ia berjaya mencecah tontonan sebanyak 574.1 ribu kali dan 63 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@rseza_308 #bila kucing bdr balik kg #oyen #mycat #mycomel #myank #dgnkucingkecikpuntakutke😔 ♬ Oh No – Kreepa

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terhibur melihat gelagat si oyen itu. Malah mereka menganggap kucing kampung sendiri pun pening melihat gelagat yang ditunjuk oyen.

Antara komen-komen menarik diberikan oleh netizen di TikTok

“Oyen be like: camni la kitaorg main kat bandar..chak..chakkkk😹😹😹😹”

“jumpa rakyat”


“Depa kata, apolahhh masalah dia nih 😂😂”