“Betul berkorban ni” Panik Lihat Detik Drone Terhempas Selepas Mercun Habis, Cara Lelaki Ini Bermain Mercun Buat Netizen Terhibur!

Sudah pasti raya kali ini menjadi satu detik yang sangat dinanti-nantikan setelah sekian lama tidak dapat menyambut hari raya bersama seluruh ahli keluarga.

Apabila dapat berkumpul, ada sahaja perkara yang ingin dilakukan untuk berseronok malah bermain bunga api dan mercun juga antara ‘highlight’ dalam sambutan Hari Raya.

Pun begitu lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menggunakan drone untuk mengangkat mercun papan yang dinyalakan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @anipnunenterprise86, lelaki itu melakukan perkara tersebut untuk menghiburkan ahli keluarganya yang lain.

Namun, ketika semua orang sedang seronok melihat mercun papan itu terbakar, tanpa disangka-sangka drone tersebut hilang kawalan dan terhempas ke atas jalan.

Video yang tular di laman TikTok:

@anipbunenterprise86 naya pilot#fouryoupage_tiktok__✌🏻✌🏻❤❤#RancakRaya#fypシ゚viral#SALAMLEBARAN2022#MAAFZAHIRBATIN#SEMOGAMAKABAHBERBAHGIADISISIALLAH🤲 ♬ Oh No – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 31.5K tanda suka, 1518 komen dan 2146 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat video tersebut malah ada yang berseloroh meminta lelaki tersebut membeli drone yang baru dengan menggunakan wang KWSP.

“mercun habis, drone pun habis.. selamat hari raya..”- Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang berkongsikan tips dengan meletakkan pembeli pada tali agar kejadian tersebut tidak terjadi.

Antara komen warga maya:

“saja cari nahas kan dah mendapat.. apasal tak bagi pakai parachute?”

“betul-betul berkorban demi kepuasan tuannya drone ni..”

“benda ni mesti owner pun tak sangka.. ingatkan drone mampu tahan..”


“sepatutnya benang tu kena ada pemberat, tak ada lah benang tu melayang kena kipas drone”