“Bertuah dapat butter sekali” Lelaki Beri Makan Roti Siap Sapu Mentega Pada Anjing Buat Ramai Terhibur!

Dalam hidup ini, hendaklah kita berbuat baik dengan sesama makhluk tidak kiralah manusia mahupun haiwan.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang lelaki sedang asyik menyapu mentega di atas roti sebelum diberikan kepada anjing-anjing liar yang berada di kawasannya telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @ammermohd262 itu, terdapat tiga ekor anjing sedang menunggu lelaki itu menyapu mentega di atas roti mereka.

Kelihatan mereka sangat ‘excited’ sehinggakan ekor mereka tergoyang-goyang laju gembira!

“Balik balik, ada yang duduk tunggu breakfast depan rumah,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen video tersebut.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memberikan ‘kibbles’ yang merupakan makanan khas anjing kepada mereka.

Ada yang diletakkan berasingan dengan roti, malah ada pula yang diletakkan seperti ‘topping’ di atas roti berkenaan.

Dapat dilihat anjing-anjing itu sangat berselera dengan ‘breakfast’ mereka!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 605.5K tontonan, 39.6K tanda suka, dan 4782 komen di laman platform sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat lelaki tersebut yang cukup baik hati memberikan makanan kepada anjing-anjing liar itu.

Ada juga individu yang meluahkan rasa terhibur apabila melihat roti yang diberikan kepada anjing itu siap disapukan mentega satu per satu!

Antara komen netizen:

“Omg.. Baik hati kamu.. Sapu planta lagi mkn.sy berdoa unt kamu juga family nya🙏🙏🙏🙏🙏”


“Memula ingatkan abang ni sesaja sapu planta sebab nak kepoh jiran bising. Rupanya hahahaha ada yang menunggu👍🏻👍🏻”

“ada mentega lagi roti…bertuahnya anjing…semoga tuan dimurahkan rezeki selalu”

“thanks for your warm hospitality brother. God will bless you and your family forever may have healthy life ever”

“haiwan nie, mereka hanya mahu mkn..klu perut dh kenyang mereka x kacau pun org. terima kasih berkongsi rezeki 💐❤️”

Video TikTok yang tular:

@ammermohd262 #love #fyp #fypシ #kittensoftiktok #cat #petsoftiktok #pet #puppy #dogsoftiktok #dog #Ipoh #Perak #Santai #family #sibling #menbestfriend ♬ Funny – Gold-Tiger