Setiap keluarga mempunyai perjalanan hidup mereka sendiri. Setiap orang pastinya akan menerima pelbagai jenis ujian malah setiap daripada mereka juga mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peguam yang dikenali dengan nama Nor Zabetha apabila berkongsi masalah dihadapi oleh seorang wanita selepas kematian anak tercinta.

Si ibu dan telah lama bercerai dengan suami sejak anak masih kecil

Berdasarkan perkongsian di Facebook, peguam Nor Zabetha memaklumkan wanita yang bergelar ibu ini telah lama bercerai dengan suami sejak anak mereka masih kecil lagi.

Malah, sudah bertahun-tahun, mereka langsung tidak mendengar khabar lelaki itu bahkan dia juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan nafkah.

Tanpa diduga anak tercinta pergi selamanya ketika berusia 15 tahun

Akan tetapi, setiap bulan wanita ini akan membuat simpanan untuk anak tercinta termasuklah simpanan ASB, membelikan insurans, barang kemas dan sebagainya.

Tetapi siapa sangka, anak tercinta telah pergi menghadap Ilahi ketika berusia 15 tahun akibat sakit.

Pelbagai jenis simpanan untuk masa depan anaknya

“Lebih kurang seminggu lepas, saya dihubungi oleh seorang ibu yang kematian anaknya yang baru berusia 15 tahun kerana sakit.”

“Si ibu ini jenis mengatur masa depan anaknya, jadi anak ada pelbagai jenis simpanan seperti ASB, dibelikan juga insurans, barang kemas juga disediakan.”

Semuanya hasil wang simoanan si ibu buat anaknya

“Semuanya hasil wang si ibu, setiap bulan menyimpan untuk anaknya. Bapa kandungnya telah lama berpisah dengan si ibu, sejak anak masih kecil.”

“Sudah bertahun-tahun tidak bertanya khabar, apa entah lagi memberi nafkah.”

Si bapa telah berkahwin lain 

“Si bapa, telah berkeluarga dan berkahwin lain dan mempunyai seorang anak dari perkahwinan ini.”

“Begitu juga si ibu ini dan mempunyai seorang lagi anak dari perkahwinan yang baru.”

Harta si anak akan diberikan secara Faraid

“Kerana kematian si anak, jadi ibu ini bertanya kepada Ustaz, sama ada harta anak ini akan perlu diberikan secara Faraid. Sudah tentu jawapannya ya.”

“Si ibu bertanya kepada saya berkenaan harta dan pembahagian. Sama ada secara Faraid atau bagaimana kiraannya.”

Saya rujuk kepada Peguam Syarie

“Hal-hal perundangan begini, saya memang akan rujuk kepada yang lebih pakar iaitu sahabat saya Syafiah Sulaiman yang merupakan Peguam Syarie.”

“Kami selalu bertukar-tukar pandangan mengikut kepakaran bidang masing-masing.”

“Kalau dia hendak bertanya tentang prosedur jenayah dan sivil dia bertanya kepada saya dan begitulah halnya saya merujuk kepada dia berkenaan undang-undang Syariah.”

Si bapa akan mendapat 5/6 dan ibu 1/6 bahagian

“Sahabat saya maklumkan dalam situasi si anak berusia 15 tahun, berdasarkan pembahagian Faraid.”

“Si bapa akan mendapat 5/6 dari bahagian keseluruhan si anak manakala si ibu akan mendapat 1/6 bahagian.”

Si bapa melawat dan bertanya khabar pun bertahun diabaikan

“Kami tahu, pasti ralat perasaannya. Yang membuat simpanan si ibu, yang membelikan insurans si ibu, yang membelikan barang kemas juga si ibu.”

“Si bapa pula bukan kata tidak beri nafkah, melawat atau bertanya khabar pun sudah bertahun lamanya diabaikan.”

Bapa tidak pernah ambil tahu hal anak dapat 5/6 bahagian

“Jadi pastilah ralat perasaannya, andai pampasan 5/6 ataupun lebih kurang 90% itu kepada bapa yang tidak pernah mengambil tahu hal anak sekalipun.”

“Bayangkan jika nilai keseluruhan simpanan ratusan ribu dan bahagiannya 5/6, banyak bukan? Kalau 100,000, bahagian bapa sudah 90,000. Kalau lebih nilainya.”

Pasti ralat rasanya sudahlah kehilangan anak dikasihi

“Kami tahu ralat rasanya, sudahlah kehilangan anak yang dikasihi.”

“Segala simpanan dan persediaan untuk memastikan masa depan anak terjamin, apakan daya takdir mengatasi segalanya.”

Simpanan anak pergi kepada orang yang tidak pernah ambil tahu 

“Saya dan sahabat saya rasa tambah ralat lagi segala simpanan untuk anak tersayang itu pergi kepada insan yang tidak pernah mengambil berat atau tahu tentang anak kandungnya.”

“Saya katakan kepada si ibu “Saya doa, semoga terbuka hati si bapa, sedekahkan bahagiannya semua kepada puan kerana ibu yang menjaga anaknya”.

Bertahun si ibu jalankan tanggungajawab ibu dan juga sebagai bapa

“Tambah pula segala simpanan dan pemberian itu, adalah hasil titik peluh si ibu.”

“Saya rasa itu yang sepatutnya bertahun-tahun si ibu bukan sahaja menjalankan tanggungjawab ibu dan dia juga sebagai bapa.”

Terlepas begitu sahaja tanggungjawab si bapa

“Memberi nafkah, tempat tinggal, baju, makan dan pakai, membuat simpanan dan insurans supaya kehidupan anak terjamin.”

“Terlepas begitu sahaja tanggungjawab si bapa dan jika masih mahu juga bahagiannya. Maka saya berpandangan itu kejam.”


Selepas meninggal dunia sepantas kilat persoalkan bahagian mereka

“Begitulah halnya bila pembahagian faraid ini, waktu hidup bertanya khabar adik atau abang tidak pernah. Ambil berat juga tidak.”

“Namun apabila meninggal dunia, sepantas kilat mempersoalkan bahagian masing-masing. Lupa hendak mengambil berat bahagian anak isteri si mati.”

Aturlah sebaiknya mana yang perlu dihibahkan

“Haih. Harta sendiri tidak mahu diusahakan. Jadi sebagai peringatan, segala simpanan, nama dan harta.”

“Aturlah sebaiknya. Mana yang perlu dihibahkan, mana yang perlu ditukar nama.”

Semuanya bergantung kepada sikap

“Itulah baru-baru ini terjadi hal, isu antara seorang pendakwah dan bekas isteri tentang hendak merobohkan rumah yang bekas isteri bina di atas nama bekas suami.”

“Hal rumah tangga ini, tidak semestinya salah suami. Ada juga kadangkala dari isteri.

“Banyak juga kes dirujuk kepada saya tentang perihal isteri. Semuanya bergantung pada sikap.”

Fahami sikap manusia tidak sama

“Hal-hal begini memang elok dibawa berbincang tetapi itulah, mudah kita kata tetapi perlu juga kita fahami sikap manusia tidak sama.”

“Kalaulah semua orang boleh berbincang, amanlah dunia. Jadi kita perlu sentiasa beringat.”

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran buat kita semua dan aturlah harta kita sebaik mungkin.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.