Boleh dikatakan semua orang yang dah berkeluarga pasti mahukan keadaan rumah yang cantik dan kemas.

Cuma kadang-kadang bajet saja yang menghalang. Tapi sebenarnya hendak kalau hendak seribu daya. Bajet ciput pun boleh buat kalau mahu.

Seperti apa yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett. Apa yang menariknya dia dapat memujuk suaminya mengubah suai rumah dalam masa yang pantas, siap 24 jam. Cepat sungguh. Tapi hasil dia memang cantik, berbaloi.

Boleh sangat kalau kita yang duduk rumah biasa-biasa nak praktikkan. Nak tahu macam mana dia buat, skroll bawah.

Inilah teratak kami selama 5 tahun

Ruang tamu/ ruang makan

Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.

Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku.

Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), kubentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.

Alhamdulillah dalam masa 24 jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team #tzconsturction (team kerja somi aku🙄).

Lepas 24 jam jadi begini

Ruang tamu dan ruang makan

 

Selepas dan sebelum

Modal RM2k, itu pun dah rasa mahal

Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.

Husben cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak, rasa geram selaluuu aum.

Perbezaan bila masuk rumah

3 keajaiban bila rumah dah sedap mata memandang

Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.

Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni kikiki🤣.


Semua dah nampak kemas

Rasa macam baru kahwin

Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.


Inilah tuan punya rumah.

Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalo Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.