Berjaya Hilang 46kg Buat Diet ‘Eat Clean’, Gadis Ini Kongsi Resepi Sedap Guna Air Fryer

Bagi sesiapa yang suka memasak, pastinya Air Fryer merupakan salah satu alat atau mesin yang membantu anda memasak dengan lebih mudah dan sihat.

Seperti yang kita sedia maklum, Air Fryer sebenarnya mempunyai banyak manfaatnya terutamanya kepada penggemar makanan bergoreng.

Boleh menggoreng tanpa menggunakan minyak

Ini kerana jika anda ingin menjaga kesihatan, alat ini sesuai untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak.

Ianya bukan sahaja mudah untuk anda memasaka malah ia menjimatkan masa tanpa perlu menggunakan minyak masak untuk menggoreng, membakar dan sebagainya.

Menerusi posting seorang wanita yang bernama Erina Haura berkongsi di akaun Facebook mengenai resepi yang hanya menggunakan Air Fryer tanpa perlu renyah di dapur.

Dari 92kg turut hingga 46kg

Menurutnya, dia ingin mengubah cara pengambilan pemakanannya yang dari kecil menghidap obesiti fasa ketiga.

Air Fryer bantu buat makanan sihat dan sedap

Sudah setahun dia sudah mempraktikkan pemakanan yang sihat hasilnya amat memuaskan.

Bahkan dengan penggunaan Air Fryer banyak membantu dalam membuat makanan yang sihat dan sedap.

Resepi Muffin Pisang

Ini merupakan resepi muffin pisang yang dikongsikan.

Bahan-bahan

  1. Pisang berangan 2 bijik (dilecek)

2.Rolled oat segenggam(oat yg sangat sesuai utk diet)

3. Esen vanilla sikit

4. Almond milk 5 sudu besar

Cara-caranya adalah :

1) Gaul semua sekali bahan-bahan di atas.
2) Masukkan dalam cup, atas saya taburkan coklat sikit (Coklat sihat saya beli diinstagram)
3) Kemudian, bakar suhu 170 15 minit..

Nota : Kalau nak lagi garing boleh adjust lagi masa.

Selamat Mencuba!!