Berhenti Di Garis Kuning, Myvi Degil Tak Nak Berganjak Punca Kesesakkan Lalu Lintas

Bagi memudahkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, Bas Rapid disediakan di setiap Stesen LRT.

Pun begitu, baru-baru ini tular dimana seorang pemandu myvi berhenti di atas garis kuning sehingga menyebabkan kesesakkan lalu lintas nyata mengundang amarah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, difahamkan video tersebut dirakam dari atas jambatan LRT Wangsa Maju.

Dapat kita lihat, pemandu Myvi itu berkeras tidak mahu berganjak dari tempat dia berhenti walaupun Rapid KL di belakangnya membunyikan hon panjang memintanya ke hadapan sedikit untuk membolehkan bas itu keluar dari perhentian.


Geram melihat situasi tersebut, salah seorang lelaki yang berada disitu bagaimana pun mendekati pemandu Myvi dan memintanya agar bergerak ke hadapan serta memberi laluan kepada bas.

Namun apa yang lebih menyakitkan hati adalah pemandu tersebut hanya bergerak kehadapan sedikit sahaja dan badan keretanya masih berada di garis kuning menyebabkan bas sukar untuk keluar.

Lelaki tersebut bagaimana pun kembali mendekati myvi itu dengan rasa berang dan menyuruhnya sekali lagi bergerak ke hadapan untuk memudahkan urusan bas berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pemandu myvi itu yang disifatkan mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang ramai.

Bukan itu sahaja, pemandu tersebut juga seakan-akan tidak tahu undang-undang jalan raya sehinggakan sesuka hati berhenti di tepi jalan.

Video yang tular di laman Facebook:

Sekadar info, mana-mana kenderaan meletakkan kenderaan pada perhentian bas boleh didenda mengikut Seksyen 119(2) dengan kadar kompaun RM 200.00 jika didapati bersalah.

Keras betul hati dia, dah kena hon panjang, siap kene ketuk tingkap tapi still tak berganjak.. takkan tak rasa serba salah jadi punca kesesakkan lalu lintas dan menyusahkan orang ramai? Harap video ni jadi tauladan buat semu masyarakat.