Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.
Namun begitu, tiada siapa mampu melawan takdir. Ada pasangan yang harus menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
Apa yang menyedihkan adalah stigma masyarakat yang sering bertanyakan soal zuriat kepada mereka yang masih belum dikurniakan rezeki.
Lelaki juga berisiko menghadapi masalah seperti wanita dalam proses kehamilan
Pastinya soalan tersebut sedikit sebanyak mengguris hati mereka dan kebiasannya masyarakat akan menunding jari dan beranggap masalah ini berpunca dari wanita.
Sebenarnya, isu kegagalan hamil ini sebenarnya bukanlah semata-mata berpunca daripada kelemahan wanita, malah sebaliknya lelaki juga berisiko akan menghidapi masalah yang hampir serupa.
Setelah 5 tahun berkahwin, inilah kali pertama suami jalani ujian air mani
Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai Dr Ahmad, beliau menerangkan serba sedikit mengenai masalah tersebut.
Hanya selepas 5 thn berkahwin, inilah kali pertama suami berumur 33 thn ini jalani ujian air mani. Dia rupanya ada ‘azoospermia’, iaitu air mani tanpa satu pun sperma. Bila sy maklumkan keputusan ini kpdnya, kelihatan bergenang air mata isterinya. pic.twitter.com/k7N5ldQ0s5
— Ahmad.RZ (@Dr_Ahmad_RZ) December 5, 2020
Dia rupanya ada Azoospermia
“Hanya selepas 5 tahun berkahwin, inilah kali pertama suami berumur 33 tahun menjalani ujian air mani”.
“Dia rupanya ada ‘Azoospermia’ iaitu air mani tanpa satu pun sperma. Bila saya maklumkan kepadanya, kelihatan bergenang air mata isterinya”.
Fertiliti bukanlah untuk cari salah siapa
“Dapat saya rasakan, beratnya beban perasaan seorang isteri perlu tanggung. Fertiliti bukanlah untuk cari salah siapa”.
“Akan tetapi, fertiliti untuk cari solusi dan iktiar. Apa-apa pun rezeki semua tetap datang dari Tuhan”.
Dpt sy rasakan, beratnya beban perasaan seorang isteri perlu tanggung. Fertiliti bkn lah utk cari salah sesiapa, tetapi utk cari solusi dan ikhtiar. Rezeki semua tetap dari Tuhan.
— Ahmad.RZ (@Dr_Ahmad_RZ) December 5, 2020
Perlu disiasat apa puncanya
Selain itu, Dr. Ahmad turut menjelaskan, tindakan susulan bagi masalah ini adalah bergantung pada keadaan testis (zakar) itu sendiri.
“Perlu disiasat apa puncanya air mani tanpa benih sperma. Sama ada tersumbat, masalah hormon lelaki atau kerosakan pada testis itu sendiri yang gagal menghasilkan sperma”.
Selama 5 tahun isterinya kena sabar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai isu tersebut.
Selama 5 tahun isterinya kena sabar bila org cakap isteri x blh mengadung la pergi urut bagai. Masyarakat selalu salahkan isteri pdahal pihak lelaki pun perlu jg menjalani ujian bukan confident yg dia tu fertile.
— broken pieces (@cancer2985) December 5, 2020
Semoga Allah memudahkan urusan zuriat untuk mereka
Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan ini dikurniakan rezeki dan memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini.
Semoga Allah memudahkan urusan berzuriat kpd mereka. insyaAllah. Mari Kita Sama2 doakan
— mdshah hamshah (@MdshahHamid) December 5, 2020
Semoga pasangan ini tidak berputus asa dan terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri suatu hari nanti.