“Berbohong juga dosanya sangat besar.” Ali Puteh Gembira Perbicaraan Tamat

Pelawak Ali Puteh, 32, gembira apabila perbicaraan kes saman terhadapnya akan tamat tidak lama lagi selepas semua pihak tampil dengan keterangan masing-masing.

Menurut Adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini menerusi Instagram berkata, selepas lebih setahun bersabar dengan ujian ini, kini dia akan menunggu keputusannya nanti.

Berbohong juga dosanya sangat besar

“Moga ada sinar buat keluarga kami. Terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar fitnah lagi kerana fitnah itu dosanya sangat besar.”

“Berbohong juga dosanya sangat besar. Syukur padamu Ya Allah. Tersenyum gembira hari ini. Allah dengar doa mak buatmu arwah Abam. Tenang di sana abang,” katanya.

Kemelut Ali dan Nor Hidayah memaksa kes ini dibawa ke mahkamah

Sebelum ini kemelut membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Difahamkan, Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali failkan saman pada 27 Ogos tahun lalu

Memetik laporan Harian Metro, perbicaraan terpaksa ditunda dari September ke Februari akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kakak iparnya terlebih dahulu bertindak menyaman tuntutan cecah RM900,000

Sementara itu, ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000.

Hidayah adalah saksi terakhir selesai beri keterangan semalam

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali berkata, saksi terakhir iaitu Nur Hidayah selesai memberi keterangan semalam.

“Lapan orang saksi memberi keterangan dan Hidayah adalah saksi terakhir.”

Ali mahu membersihkan namanya

“Mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk failkan hujahan. Selepas itu barulah keputusan dibuat dan dijangka akan selesai sekitar dua bulan lagi.”

“Bagi pihak kami, kami serahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menilai. Antara sebab saman ini dibuat kerana Ali nak membersihkan namanya,” katanya.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)