“Berbekal RM20 bawak anak isteri ke Mall, macam gempak tapi tengah sebak..” Luahan Suami.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah lahir dari wang ringgit. Tolak ansur, memahami dan mempunyai komunikasi yang baik merupakan antara kunci utama dalam alam rumahtangga.

Tidak semua perempuan hanya memandang harta semata.

Ramai yang berkahwin dan mahu sama-sama melalui pedih getir hidup bersama suami tercinta.

Namun apa yang lebih penting adalah kualiti masa yang diluangkan seisi keluarga dalam membentuk keluarga bahagia.

Satu cerita telah tular di laman sosial Facebook mengenai seorang suami yang bernama Mohd Hairie Bakri yang berkongsi cerita mengenai keluarga kecilnya.

 

“Aku memang sengaja buat-buat lupa yang dalam kocek aku cuma ada RM20 je , tapi peduli apa aku , aku percaya rezeki itu Allah yang bagi”.

“Hanya berbekal Rm20 aku bawak anak isteri aku pusing 1 mall … Nampak macam gempak tapi sebenarnya tengah tahan sebak”. 

Beliau berkongsi pengalamannya mengharungi perit hidup namun masih tidak lupa akan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak tercinta.

Berbekalkan Rm20 ringgit beliau masih keluar meluangkan masa bersama orang tersayang dengan membawa anak dan isteri ke pusat membeli-belah.

Menurutnya lagi, isterinya memahami apa yang sedang dilaluinya dan hanya ingin keluar bersiar-siar dan meluangkan masa bersama.

Pergi Ke Pusat Membeli-belah Hanya Berbekal RM20 Dalam Kocek.

Giler ke apa ni tengah bulan bawak anak dan bini aku masuk bp mall. Kau tenang je lah, dari rumah lagi aku dah cakap hanya bawak jalan-jalan bukan shoping”.

“Anak dan bini aku senyum je, aku memang sengaja buat-buat lupa yang dalam kocek aku cuma ada RM20 je. Tapi peduli apa aku, aku percaya rezeki tu Allah yg bagi.

“Tidak mustahil si miskin ini boleh jadi kaya kalau Allah izin kan. Sape yang kenal aku, kalau aku kaya, korang pun aku buat jadi sampai kaya”.

“Hanya berbekal rm20 aku bawak anak isteri aku pusing 1 mall. Nampak macam gempak tapi sebenarnya tengah tahan sebak”.

“Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku , sesekali dia tenung kedai pakaian lama giler. Aku dah cuak datang angin dia nak mana aku nk cekau duit.

“Dia bukan tau duit aku punya baki. Tapi Alhamdulillahlah, dia tak masuk dan hanya perhati dari luar sahaja”.

“Maafkan suamimu sayang. Bukan aku tidak mampu nak belikan, tetapi ada perkara yang aku perlu utamakan. Apabila semuanya telah selesai , Inshaallah aku beri ape yang kau idamkan”.

Beliau turut berpesan jika mahu membeli jiwa keluarga tidak semestikan memerlukan modal yang besar dan cukuplah dapat meluangkan masa bersama.

“Beli jiwa keluarga tidak memerlukan modal yang besar. Cukup kau berikan perhatian dan masa untuk bersama”.

“Jujur aku cakap, sebak hati ini bila melihat mata isteri mahukan sesuatu yang tidak tercapai”. 

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan manfaat kepada semua. Luangkanlah masa yang berharga bersama keluarga anda.