4 Punca Perkahwinan Tidak Bahagia Yang Dikongsikan Ustaz Kazim Elias

Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina.

Saban hari sering kita dihidangkan dengan khabar perpisahan dan pergolakan rumah tangga yang berpunca dari pelbagai faktor.

Bukan mudah melayari bahtera rumah tangga kerana kita perlu menumpuh pelbagai fasa. Fasa bahagia, fasa kerjasama dan sebagainya kerana dalam rumahtangga bukan bahagia sahaja yang kita bakal temui.

Tiada istilah suami adalah raja dalam institusi rumahtangga kerana si suami dan isteri perlu sama-sama melunaskan pelbagai perkara bersama contohnya mengemas rumah, memasak dan sebagainya.

Ramai perkahwinan tidak bertahan lama dan bahagia yang muncul hanya pada fasa awal perkahwinan sahaja, ini yang menyebabkan komunikasi yang tidak bagus antara pasangan.

Komunikasi adalah teras dalam banyak perkara, sesuatu yang dipendam dan tidak diketahui pasangan juga risiko besar keretakan rumahtangga yang telah dibina.

Mari kita lihat satu perkongsian dari Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mendapat banyak perkongsian di laman sosial Facebook mengenai 4 punca kenapa rumahtangga tidak bahagia.

4 Punca Rumahtangga Tidak Bahagia.

Sebab duit ke? Sebab rupa atau sebab agama semata2?

  1. Semua urusan rumah dibuat oleh isteri

Punca yang pertama ialah kerana semua hal rumahtangga isteri yang buat dan uruskan contoh paling senang basuh baju, mengemas & memasak sedangkan dalam Islam isteri cuma dituntut untuk layan suami je.

Jadi tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia “TOLONG” buat kerja. Bantu membantu & masing2 kena faham erti tanggungjawab.

Ustaz sering cakap, semakin suami rasa senang & relaks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah bermaksud balik ni pegi cakap kat suami : “Awak, mulai harini saya dah tak nak basuh baju masak apa semua.” 

Bukan… bukan…

Benda susah akan jadi senang bila suami isteri sama-sama selesaikan urusan rumahtangga. Jangan senang je bersama tapi bila susah pas je kat pasangan pulak.

2. Punca kedua adalah perangai pasangan.

Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing. Nak jaga lelaki ni senang je bak kata Ustaz Kazim:

a) Bagi makan kenyang-kenyang : Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah.

b) Mana suami tu pergi, ikut ! Selagi boleh ikut, ikut.

3. Punca ketiga adalah kita tidak redha

Punca ketiga sebab kita TAK REDHA. Ramai orang hanya menghargai seseorang selepas seseorang tu meninggal. Jadi tak kan lah nak tunggu suami atau isteri dah meninggal baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 

Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak kongsi serumah, sekatil, sebantal dengan dia.

Mak & ayah dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia sebab tu isteri lagi kenal suami dia dari mak ayah dia kenal dia.

Tetapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH

Ada pasangan tu, bersyukur sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.

Bukan senang zaman sekarang nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan macam tu belajar lah menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa

Yang boroi, tak lawa, tak comel ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa di antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.

4. Punca yang keempat adalah pasangan tidak saling menyenangkan.

Akhir sekali, puncanya ialah bila seseorang tu tak saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.

Kalau pasangan kita suka sekian-sekian so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ya, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.

Ustaz kongsikan lagi, musibah ni datang dalam 3 bentuk :

  • Ujian
  • Teguran
  • Bala

Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, mari kita tengok tiga perkara ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.

Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.

Yang mana Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya.

Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.

Yang kedua, musibah yang datang dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.

Contoh, kita leka kejar duit sana sini, kaya sana sini tiba2 Allah bagi kemalangan pada hamba tersebut. Dah hilang punca rezeki. Itu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk, kita beribadab tapi banyak culasnya.

Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah & mengata Allah macam2. Allah tak buat benda yang sia-sia.

Akhir sekali musibah ni datang dalam bentuk bala atau azab.

Dalam kahwin ni, kalau kita nak kan ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.

Kalau satu detik nanti Allah uji tiada rezeki jodoh panjang, tiada rezeki nak bersama. “Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”

Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala

Ada banyak perkara yang kita perlu bersedia apabila kita melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan atas dasar cinta atau nafsu semata tidak akan kemana.

Terdapat banyak perkara yang setiap pasangan perlu belajar dari semasa ke semasa dalam mencipta kebahagian rumahtangga.

Jika anda mahu melakukan sesuatu, lihatnya tulusnya muka suami atau isteri anda yang sama-sama bersusah dahulu dengan anda.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pembaca dan semoga sama-sama kita bahagia dalam perkahwinan yang dibina.