Berat Turun 25 Kg dan Pinggang Makin Ramping, Zulin Aziz Kongsi Rahsia

Para peminat selebriti serba boleh Zulin Aziz pasti terkejut melihat penampilan terbaru pelakon dan pengacara itu yang semakin langsing dan berat badannya semakin susut.

Menurut Zulin, berat badannya menyusut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu.

Zulin juga memberitahu dia tidak menyentuh nasi sejak tahun lalu lagi.

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.

 

View this post on Instagram

 

Tak sabar nak share dengan korang koleksi tudung terbaru dari @dmagiafashion_official ❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya kepada BH Online.

Walau bagaimanapun, Zulin mengakui sedang mengamal sejenis minuman yang dimana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.

Tambahnya lagi, berat badannya turun sebanyak 25 kilogram selepas mengamalkan produk tersebut.

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” katanya.

Zulin juga menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’ kerana kisah percintaan yang tidak kesampaian sebelum ini sebaliknya dia melakukan untuk kepuasan dirinya sendiri.

Sebelum ini, Zulin mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir pada tahun 2018.

Malah Zulin terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

“Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya… tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.

“Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.”

“Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

“Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia,” katanya.

Rata-rata para peminat sangat kagum dengan perubahan Zulin ini dan meminta nasihat seta tips darinya.