Berat Badan Turun 35kg (Dari 95kg ke 59kg) Dalam Masa Hanya 3 Bulan! Wanita Ini Kongsi Rahsianya

‘Kurus’, perkataan keramat yang merupakan satu impian bagi sesiapa sahaja yang memiliki tubuh yang agak gempal dan berisi. Ramai dikalangan kita sentiasa mengimpikan tubuh badan yang kurus dan langsing namun tidak semua berjaya memilikinya.

Rentetan dari itu, ramai yang mencuba pelbagai tip kurus tetapi ingin melakukan tranformasi memerlukan semangat, ketahanan mental dan azam yang kuat.

Kini, terdapat banyak perkongsian mengenai diet dan ramai diantaranya mengamalkan diet yang menyiksa diri dan bukan itu sahaja mereka juga melakukannya diet sehingga menjejaskan kesihatan.

Diet dan senaman merupakan satu kombinasi yang bagus dalam membantu anda melalui proses penurunan berat badan. Senaman juga membantu meningkatkan kadar metabolisme anda selain mempercepatkan anda mendapat hasil tubuh yang langsing dan sihat

Mari kita lihat transformasi seorang wanita yang telah berjaya menurunkan berat badannya dari 95kg-59kg dalam masa 3 bulan. Tip ini dikongsi oleh saudari Siti Zainab Nac ini yang mendapat ribuan perkongsian di laman sosial.

Tips cepat turunkan berat badan bagi ibu2 lepas pantang,bekerja dan anak ramai

Mami nak share pengalaman mami turunkan berat dalam 35kg dari (95kg ke 59kg) dalam masa 3 bulan. Semua orang nak kurus tapi semua orang malas nak bersenam. Nak bersenam tapi kekangan masa, kerja, busy dengan anak2, tak tahu nk mula dari mana.

Nak kurus tapi ada je alasan. Takde masa, busy, tak reti. Ok mami buang mindset tu. Sebab nk turunkan berat dengan cepat perlu exercise bersenam dengan konsisten. Mami tekad lepas bersalin anak no 3. Dengan berat dah macam badak air time tu. Aku kena kurus. Pedulikan benda2 negative.

Tambah plak mami ada penyakit slip disc. 3 level plak tu. Takut nak buat aktiviti berat dan lasak takut makin sakit. Tapi doktor bagitahu kalu mami boleh turunkn berat sakit tu akn berkurang. Sebab beban berat takkan compress disc yg sakit tu. Ok mami dah semangat ni. Kena turunkan berat.

Tapi mami tak tahu aktiviti bersenam macam mana yg sesuai dengan mami yang busy ni. Mami terfikir apa kata cuba zumba. Sebab mami suka menari dan menyanyi. Sambil zumba sambil menyanyi sambil menari lompat2 kurus. Best juga ni.

Mami start cari kelas zumba. Sebab mami x suka pergi gym. Mami suka yang ada lagu2 sebab mami suka buat aktiviti yang enjoy n fun. Mami join Zetty fitness class. Best rupanya zumba ni. Tak pandai step pon takpa. Pastu buat tempat tertutup semua wanita je yg join. Igtkan zumba ni memenatkan,letih tapi tak. Lepas zumba badan rasa ringan je.

Mami join 3 kali seminggu. Disebabkan mami kena jaga farmasi hana sampai pukul 10 malam, mami amik masa sejam sebelum balik, mami join kelas zumba. Hujung minggu mami angkut sekali ank2 join sama.Anak 2 pon enjoy main dgn kawan2 lain.

Pastu mami buat zumba sendiri dekat rumah. Mami buat yoga, aerobic,shuffle dance semua buat kat rumah. Bukan susah pon. Buka youtube subscribe je mana2 yang mudah nk ikut. Orang pon tak tgk. Nak malu apa kan. Buat dengan ank2 jer. Dalam 30 minit setiap hari. Masa ank2 g skolah atau ank2 tido. Asalkan badan kita berpeluh dan bakar lemak.

Masa ni memang cepat badan turun.Mami tak suka yang berat2. Mami buat home workout. Buat squat dan sit up sebelum tido at least 30-50 kali. Mula 2 buat memang jalan terkangkang jer. Lepas tu ok balik. Maklumla dah bertahun tak exercise.

Hujung minggu mami jogging atau jalan kaki je dengan anak2 dan hubby. Mami gilir jaga anak. Hubby memang support 200%. Sebab nak maintain tubuh sihat at least kita kena kurus. Bila kurus nak buat aktiviti apa2 pon tak mudah penat. Penyakit pon susah nk datang. Memang best bila buat aktiviti sama2.

Selain buat zumba, home workout, mami jaga makan. Makan kuantiti yang perlu je. Bukan makan ikut nafsu. Kalau tak buat yang ni memang badan akan makin naik. Yang ni mami dah share tips dlm post2 sblmni. P

astu mami ambil suplemen sebab lepas beranak wanita memang ada masalah kurang zat nutrisi dan tenaga. Macam kalsium, zat besi dan energy booster. Alhamdulillah berat memang turun cepat dalam 35kg dalam masa 3 bulan je.

Mami install aps yang free. Dalam aps store banyak je homeworkout yang anda boleh buat sama2 dengan ank2. Tak perlu gym instructor pon.Mula buat step simple2. Yang penting berpeluh jantung berdegup laju tak kisah kardio ke apa janji berpeluh. Dah bakar kalori dan lemak.

Dalam 3 bulan mami konsisten bersenam setiap hari at least 15 minit-30 minit.
Sekarang dah boleh melaram pakai baju zaman anak dara balik. Bila kurus ni memang confident level tinggi. Sakit slip disc pon dah takde.

Kadang2 je kalau mami tersilap angkat benda berat atau duduk lama2. Memang banyak benefits bila kurus ni selain sihat. Bukan nk bagitahu gemuk itu tak bagus. Tapi kita akn rasa sendiri bila kita kurus. Percayalah.

Jadi mami nak bagitahu kat sini buat wanita terutama kat luar sana yg ada masalah berat badan, pastu anak ramai dan bekerja. Anda boleh kurus sebenarnya. Cuma anda tak tahu nak mula dan tiada push factor. Semua alasan je. Nak ke tak nak je.

Cari aktiviti yang kita selesa. Kalu x mau gi kelas, buat dekat rumah dgn ank2. Kalau tak tahu buat je yang simple dulu. At least kena mula buat.

Buang mindset aku takde masa. Aku busy. Aku susah nk bersenam sebab kena urus ank2 dan sibuk bekerja.Kalau nak semua boleh.

Mami dah buktikan mami boleh kurus. Mami ibu anak 3 bekerja dan sibuk macam anda. Mami boleh artis boleh. Anda pon boleh. Tak perlu guna duit pon. Just korban sedikit masa dan tenaga.


Bila badan anda kurus, anda lebih mudah untuk bergaya dengan pelbagai jenis fesyen dan anda kelihatan lebih muda dari wajah ada ketika anda berbadan besar. Penampilan yang bergaya mampu meningkatkan tahap keyakinan dalam diri anda.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pembaca yang budiman. Dah nak dekat raya ini, bolehlah ada uba dan bergaya dihari raya dengan busana yang lebih anggun. Selamat mencuba!