Berat 86 Kg Turun Hingga 50 Kg, Ibu Ini Kongsi Tips Kurus dan Kulit Kemerah-merahan

Memiliki berat badan yang ideal adalah impian setiap wanita tetapi untuk menurukan berat badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Sudah ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanyalah tinggal impian.

Malah, ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan bentuk badan idaman.

Walau bagaimanapun, perkongsian oleh seorang ibu bernama Fitrina Ramlan ini membuktikan bahawa tidak perlu mengambil produk kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing.

Dari berat 86 kg, Fitrina ataupun lebih mesra dengan panggilan Acik berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan diet sihat semasa berpantang dan kini berat badannya 50 kg.

_________

Cara Acik berpantang:

Dulu sebelum bersalin pernah la berat 86kg. Lepas habis tempoh pantang berat maintain 50-52kg smpai la anak dh 1 thn 10 bulan & mengandung lagi.

Bangun je tdo acik akan sarapan. Acik x kan mandi awal2 pagi melainkan ada appoitment mengurut badan. Urut bdn seeloknya awal2 pagi..Urat point je kalau kene tekan.

Urut Lepas Bersalin

Utk urut badan biasanya acik akn ambil 3 hari lps bsalin,3 hari selepas 2 mggu bsalin, 3 hari selepas habis pantang (penutup pantang).

Acik cuke urut biasa je..x buat sengkak di awal urut. Sengkak hanya dibuat selepas habis tempoh pantang.

Sbb sengkak awal2 blh menyebabkan pendarahan (rahim masih membengkak) dan boleh menyebabkan jahitan tertetas / terbuka (sbb sengkak ni dia tarik kulit2 perut kite ke ats skali..menegang terus kulit jahitan tu..ngeri)

X buat sengkak awal2 takut rahim x kecut? Mmg x kn kecut pn kalau sengkak..Sbb dia naikkan je. Tp kalau dh masih bengkak dan kembang, sama je dia akn melorot balik.

Ubat Periuk dan Manjakani Serapat

Mcm pakai seluar x de getah pinggang tu..So minum je Ubat Periuk + Manjakani Serapat tu. 1-2 minggu cantik, kecut elok dh rahim tu.

Tp manjakani hanya blh diambil lepas baby x de kuning ye. Mcm Ubat Periuk yg kite mnm ni blh ambil time baby kuning sbb 100% herba & x panas.

Mandi Sauna

Setiap hari selama 44 hari tu acik akn mandi sauna. Mcm mana caranya? Rebus je Mandian Serom & wapkan badan. Buat dlm 20-45 minit setiap hari. (Acik ada share cara2 DIY sebelum ni).

Lepastu minum Ubat Periuk. Pernah la jd epmom, so lepas je mandi wap ni & mnm air ubat periuk acik akn mengepam.

Hasilnya 2 3 4 kali ganda hasilnya drp pam waktu biasa. Tp igt ye, kalau buat mandi sauna ni kite kene minum air banyak. Sbb kite dh berpeluh super banyak dlm tempoh bersauna.

Lepas sejukkan badan & pam baru la acik mandi. Mandi ni mandi air suam dr leher ke kaki. Kepala & muke jirus air paip je.

Sbb kalau x kepala pening, muke cepat tua & rambut cepat gugur. Dh bersih bdn, sental 1 badan dgn Param. Sedap je badan pakai param ni. Lepastu sental Ubat Barut kt perut. Buat mcm scrub.

Bertungku dan Berbengkung

Agak2 dk kering sikit, hasben akn tungku 1 bdn. Dr bahu smpai ke tapak kaki. Lepas siap tungku, acik akn berbengkung.

Berbengkung ni kite kene ikat dr bawah ke ats. Bukan ats ke bawah. Tujuan pakai bengkung ni bukan sekadar kurus & kempiskan perut tp utk support abdomen kite terutama rahim.

Sbb tu kene ikat dr bawah ke atas. Btw, acik guna bengkung jawa. Lepas tu baru la acik akn pakai Pilis kat dahi tu.

Ikat rambut tinggi2 smpai tegang kulit muka tu. Ikat rambut ketat2 guna smpai 3 4 getah rambut.

Lepas selesai semua ni baru la acik makan. Acik x kan makan selagi x berbengkung. Sambil2 makan ni, acik akn pijak besi panas utk hangatkan tapak kaki. Sedap sgt badan..

So ni la rutin setiap hari yg acik akn buat tanpa gagal. Nampak simple tp leceh. Leceh tp kesannya mantap.

Kulit Muka Kemerah-merahan

Mereka yg berpantang ni wajahnya x dimamah usia. Maksudnya tua la juga tp x la tua sebelum usia. Kulit akan kemerah-merahan, aliran darah baik, rahim solid tubuh badan padat.

Btw, baju merah tu mak acik. Acik banyak belajar bab2 pantang ni dr mak. Mak nk masuk 50an dh.


Mak la yg kata, nk cantik, nk sihat berpantang la..Kalau org kata pantang ty x perlu, biar la..Pilihan masing2..Mak acik x de kencing manis / darah tinggi. Kitorg adik beradik masih boleh share saiz baju.