Berang Password Wifi Masjid Ditukar, Dua Pemuda Bawa Parang Kejar AJK Masjid

Sering kita lihat di premis kini kebanyakkannya sudah menyediakan jaringan Wifi selari dengan zaman yang penuh kecanggihan ini bagi memudahkan lagi semua pihak.

Speed internet yang laju apabila mengunakan jaringan Wifi ini nyata membuatkan orang ramai mudah untuk melakukan kerja dan sebagainya.

Bagaimana pun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tiga orang pengurus masjid di Indonesia dilaporkan telah diserang oleh dua pemuda dipercayai kerana telah menukar kata laluan Wifi di masjid itu.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada Isnin bersamaan dengan 27 Disember 2021 yang lalu.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, dapat kita lihat Ahli Jawatan Kuas (AJK) Masjid Al Muslim, Medan Timur, Kota Medan berlari lintang pukang apabila dikejar dua orang pemuda.

Apa yang lebih membimbangkan adalah mereka yang memakai kain sarung dan memegang kopiah mula lari ketakutan apabila melihat dua orang pemuda tersebut masuk ke dalam masjid membawa parang.

Kejadian itu juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Medan Timur, Kompol Rona Tambunan.

Rupa-rupanya tindakan pemuda tersebut dibuat ekoran berang kerana pengurus masjid telah menukar kata laluan Wifi, menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan Wifi masjid itu lagi.

Seolah-olah tidak mencapai logik akal seorang manusia hilang pertimbangan hanya kerana tidak dapat mengakses wifi namun itu lah yang terjadi kepada dua pemuda ini.

Bagaimana pun, kes kini masih dalam siasatan lanjut.

Berikut merupakan video yang tular:

Ketika artikel ini ditulis, rakaman berdurasi 15 saat tersebut telah meraih 708K tontonan, 47.6K tanda suka dan 3073 komen.