Berang Ditegur Main Telefon, Bapa Maut Ditikam Anak Sendiri

Seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri dengan pisau selepas berang ditegur leka bermain telefon di rumah di Simpang Pertang, 9.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.

Menerusi laporan Harian Metro, ibu mangsa berusia 85 tahun turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan.

Dalam siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan meninggalkan mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran dia antara mereka berdua.

“Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau,” katanya ketika ditemui di sini.

Maslan turut memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Menurutnya lagi polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian manakala polis akan membuat permohonan reman suspek esok.

Dalam pada itu, jiran yang enggan dikenali berkata, pertengkaran mulut kedua beranak itu bukan pertama kali sebaliknya sudah banyak kali berlaku.

“Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian,” katanya.

Malah, suspek juga difahamkan tidak bekerja sejak Mac lalu.