“Benci habis ni..” Ibu & Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak, Netizen Sedih Anak Jadi Mangsa Penceraian

Penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh agama Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

Sering kita lihat jika berlakunya penceraian, ada yang sehingga membuka aib masing-masing, berlaku pergaduhan, berebut hak penjagaan, saling salah menyalahkan dan banyak lagi seolah-olah hilang kewarasan dan pertimbangan.

Pun begitu, yang sering menjadi ‘mangsa’ dalam isu penceraian adalah anak. Perpisahan boleh memberikan impak negatif kepada anak apatah lagi dari sudut kasih sayang ibu dan bapa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang kanak-kanak lelaki telah dinafikan haknya untuk berjumpa dengan bapa kandungnya sendiri akibat penceraian.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @malaysiaviral, difahamkan seorang lelaki dipercayai bapa kandung kanak-kanak tersebut dilihat menangis kerana dapat berjumpa anaknya setelah dihalang untuk berjumpa dan berhubung selama setahun.

“Si bapa kemudiannya nekad untuk bertemu kanak-kanak tersebut di sekolah anaknya meskipun bapa tiri dan bekas isteri telah memanggil polis bagi menghalang niatnya itu.”

“Namun, pihak polis telah mengizinkan perjumpaan itu kerana tiada kesalahan untuk berbuat demikian.”

Lebih menyayat hati adalah, anaknya itu telah pun ditukar dan berbinkan bapa tiri malah tukang rakam hanya mampu menangis mendengar nama baharunya itu.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan kanak-kanak itu yang menjadi mangsa penceraian.

Berikut merupakan reaksi warga maya: