Dapat Duit KWSP Terus Beli Kereta Kancil Demi Anak, Reaksi Anak Teruja Buat Ramai Sebak

Tidak semua orang dalam dunia ni terlahir dalam keluarga yang senang malah ada juga yang daripada kecil perlu usaha sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka mahu.

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki merakam muka gembira anaknya apabila dia membeli sebuah kereta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hello_eyka, difahamkan sebelum ini mereka hanya bergantung kepada motor sahaja untuk pergi kemana-mana termasuklah menghantar anak ke sekolah.

Pun begitu, rezekinya apabila permohonan KWSP diluluskan, dia membeli sebuah kereta kancil berwarna merah untuk memudahkan lagi urusan keluarganya.

Dapat kita lihat, dia merakam reaksi anaknya yang gembira dan tersenyum apabila dapat menaiki kereta untuk ke sekolah dan tidak perlu berhujan panas lagi.

Katanya lagi, sebelum ini mereka hanya meminjam kereta sahaja untuk sesetengah urusan dan menafikan segala dakwaan bahawa mereka pernah mempunyai kereta.

“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta.. Harini bermula lah hantar anak ke sekolah naik kereta, tengok muka anak sulung tu happy je” ujar nya.

Video yang tular di laman TikTok.

@atikah_la_la_larezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

@atikah_la_la_laharini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

@atikah_la_la_lamasa ni belum ada kereta yang mana kata saya ada krte sbelum ni tu hanya krte pinjam terpulang pada yg percya atau tak.😊♬ original sound – @hello _eyka

@atikah_la_la_labaru lepas amik anak sekolah muka gembira anak😁♬ suara asli – Els Warouw🎶

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak menafikan bahawa ramai dikalangan rakyat yang benar-benar memerlukan duit KWSP tersebut.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga menyifatkan mungkin ada sebab tertentu mengapa lelaki tersebut membeli kancil, mungkin kerana dia tidak mahu memikirkan hutang pada tiap bulan dan sparepart kancil lebih murah malah mampu untuk dijaga.

Berikut merupakan komen warga maya :
“alhamdulillah…ramai rupanye yg sngt² memerlukkn duit kwsp ni”

“Tengok comment ingt kita paling susah.. tpi ada org yg lagi sush..”

“nk nk susu terpksa dduk tepi jln buat susu.”