Beberapa Hari Terperangkap Atas Pokok, Kucing ‘Cuak’ Peluk Erat Kaki Ketika Dibawa Turun

Para pencinta haiwan pastinya tahu kucing adalah sejenis haiwan yang suka memanjat dan tidak takut akan ketinggian.

Namun begitu, menerusi satu video yang dikongsikan oleh South China Morning Post (SCMP), lain pula ceritanya buat si bulu yang terdapat dalam video ini.

Menurut SCMP, kucing ini telah tersekat di atas pokok tersebut selama beberapa hari.

Semasa diselamatkan, kucing tersebut tampak seperti sangat ‘cuak’ dan cemas sehinggakan ianya dapat dilihat memeluk erat kaki penyelamatnya itu ketika hendak di bawa turun.

Tidak berhenti mengiau, dapat dilihat tangan dia memeluk erat kaki lelaki yang menyelamatkannya itu.

Keletah kucing tersebut telah berjaya menghiburkan netizen yang menonton video itu.

Sehingga artikel ini ditulis, klip video tersebut telah mendapat lebih 85 ribu tontonan di media sosial.