Bayi Ditinggalkan Sendirian Dalam Kereta, Nasib Baik Ada Pekerja Tesco Selamatkan

Sebelum ini telah tular kisah mengenai seorang kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta kerana bapanya terlupa mahu mengambil anaknya.

Seperti yang diketahui umum, ia bukanlah kes pertama yang berlaku di Malaysia kerana sebelum ini telah kejadian yang sama direkodkan dan kebanyakkannya berpunca daripada kecuaian pihak penjaga.

Seorang bayi ditinggalkan dalam kereta

Difahamkan, seorang pekerja pasaraya Tesco di Pulau Pinang telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan.

Apa yang membimbangkan adalah bayi tersebut tidak ditemani oleh sesiapa di dalam kenderaan tersebut.

Tesco Egate Penang

Tingkap belakang kereta terbuka sedikit

“Seorang pekerja tesco,telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan,tanpa ditemani oleh sesiapa”.

“Ketika kejadian pekerja tesco mintak pertolongan dari orang lain,nasib baik tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan selamatkan bayi tersebut”.

Jangan tinggalkan anak-anda di dalam kenderaan berseorangan

“Kepada mak ayah diluar sana,apa pun alasan, nak cepat ke, urgent ke, jangan la tinggalkan anak-anak anda didalam kenderaan berseorangan”.

“Ini kerana banyak sangat kes budak budak lemas didalam kenderaan disebabkan kecuaian ibu ayah,sayangi la anak anak-anak anda. Mencegah itu lebih baik dari mengubati,sayangi la anak anak”.

Orang awam bantu keluarkan bayi berkenaan

Difahamkan ketika kejadian, pekerja tersebut telah meminta pertolongan orang awam awam untuk membantunya mengeluarkan bayi tersebut daripada kenderaan.

Mujurlah, tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Ambillah iktibar dari insiden ini

Kepada ibu bapa dan penjaga, ambillah iktibar daripada insiden yang telah berlaku sebelum ini.

Janganlah sesekali membiarkan anak kecil berseorang di dalam kereta, kerana bahaya datang tanpa diduga.

Semoga kisah ini menajdi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih berhati-hati sebagai penjaga.