Bawa Pingat Pelajar Cemerlang Untuk Tunjuk Pada Ayah di Pusara, Kata-Kata Adik Ini Undang Sebak Netizen

Merindui seseorang insan yang telah tiada begitu perit untuk ditelan kerana ianya merupakan rindu yang tiada penghujung namun sudah menjadi fitrah hidup, yang bernyawa pasti akan merasakan mati.

Sering kira dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan”

Memang bagi anak perempuan, ayah merupakan sosok cinta pertama dan lelaki pertama dalam hidup yang tak bisa tergantikan hingga si anak dewasa.

Peranan ayah juga jelas sangat penting untuk membantu putrinya menentukan masa depan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu merakamkan detik sebak ketika membawa anaknya pergi ‘bertemu’ ayahnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok iaitu @ustazahnurul.k_k, kelihatan seorang anak perempuan meluahkan rasa rindu kepada ayahnya sambil memegang pingat yang diperolehinya kerana menjadi salah satu pelajar cemerlang.

“Assalamualaikum papa, aisyah datang ni. Papa, Aisyah nak cakap.. Papa, Aisyah ada banyak hadiah.. Piala, beg, buku, colour, pensil. Papa, jangan lupa doakan Aisyah ya, jadi pandai, jadi bijak jadi anak yang solehah..Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa..”- kata anak kecil ini

Sambil menyusun pialanya, dia kelihatan sayu menenung ke arah pusara ayahnya kerana mahu ayahnya itu ada sewaktu penyamaian anugerah pelajar cemerlang.

“Ya Allah mama xtau langsung aisyah nak papa ad wkt aisyah terima anugerah pelajar cemerlang mama minta maaf bawa mu disini sbb ayahmu disinii nak” kata ibunya di ruangan kapsyen

Menerusi video yang lain, ibunya turut memuat naik rakaman dimana dia sedangberjalan menuju ke pusara ayahnya sambil berzikir dan berniat agar setiap pahala langkahnya itu diberikan kepada arwah ayahnya.

Dia juga sempat menitipkan doa buat ayah tercinta yang telah pun berpindah ke ‘negara abadi’.

Berikut merupakan video yang tular:

@ustazahnurul.k_kyallah mama xtau langsung aisyah nak papa ad wkt aisyah terima anugerah pelajar cemerlang mama minta maaf bawa mu disini sbb ayahmu disinii nak😭😭😭

♬ Ayah – Laoneis

@ustazahnurul.k_k Reply to @n4jm111 ♬ original sound – ustazah Nurul k

@ustazahnurul.k_k ye sy ajar doa juga jngn risau maaf kalau video sblom ni ad yg x selesa sbb sy tekejut anak sy nak tunjuk smua anugerahnye pada papanye maaf😭#rindu ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@ustazahnurul.k_k adiq syg papa 😍walaupon adiq xpernh jmp papa😉#allahujiallahsyg♥ #damaidisyurga #orangbaikramaisayang🌹❤️ ♬ original sound – Yayaaa

@ustazahnurul.k_k rindu😭#damaidisyurga #allahsyg #orangbaikramaisayang🌹❤️ #allahujiallahsyg♥ #alwayslove #cintamatiuntukmu😘🥰❤️ #sayangselamanya💕💕💕💕 #fypシ#rindu ♬ original sound – Yayaaa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 236.0K tontonan, 22.1K tanda suka, 1514 komen dan 994 perkongsian di applikasi TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat anak ini yang rindu akan ayahnya.

Malah warganet juga bangga melihat pencapaian adik ini yang meraih anugerah pelajar cemerlang di sekolahnya.

Bukan itu sahaja, para netizen juga kagum dengan didikan yang diberikan oleh ibunya kerana anak ini terlihat petah berkata-kata dan mengamalkan zikir.

Berikut merupakan komen warga maya: