Baru Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama, Isteri Sufi Rashid Berang Disuruh Cepat Dapat Anak

Penyanyi Sufi Rashid dan isterinya Nurulain Md Yusof baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nurulain memuat naik foto bersama Sufi dengan ucapan khas.

“Being married to you has given me the best moments of my life. It has also given us the toughest challenges.

“I don’t want to ever go through them again, but I’m still thankful that we experienced them.

“We would never have discovered the strength of our love and our commitment. Thank you for being with me all throughout this journey. I love you and i always will. Happy 1st anniversary my syurga ”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@nuraaen) on

Namun begitu, ada di kalangan pengikutnya yang menghantar mesej tidak beradab menyentuh soal cahaya mata.

Berang dengan mesej sebegitu, Nurulain berkata, dia tidak tersinggung dengan kenyataan individu tersebut tetapi baginya, soal anak hanya Allah yang lebih mengetahui.

“Okay baik! Kalau anak itu semudah saya beli anak kucing saya. Esok saya beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter. Tak macam bertanya pun kan guys kan?

“Tak tersinggung pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak. Anak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan.

Nurulain membalas mesej individu tersebut di Instastory.

“Saya pun tak da hak nak soal kenapa saya takda anak, inikan pula awak nak tanya atau cakap macam tu. Adab sis adab!” kata Nurulain menerusi Instastory miliknya.

Nurulain turut memuat naik beberapa paparan mesej individu tersebut yang menjelaskan dia hanya sekadar bertanya dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan pasangan itu.

Bagaimanapun, individu tersebut memohon maaf dan menganggap tindakannya menghantar mesej secara peribadi itu lebih baik berbanding meninggalkan komen secara terbuka di laman Instagram Nurulain.
Nurulain dan Sufi menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada Isnin.

Dalam pada itu, Nurulain memberitahu wanita tersebut tidak sepatutnya bertanyakan soalan sensitif berkaitan zuriat kerana ia perbuatan yang biadab.

“Benda itu tak ada apa pun. Saya rasa macam wanita itu rude (biadab). Bila orang rude, saya cakap la dia rude. Mungkin awak boleh baca semula, letakkan diri awak sebagai orang lain dan baca mesej itu.

“Apa yang awak rasa. Kalau awak rasa macam tak patut cakap, jangan buat lagi,” ujarnya.

Sufi yang juga merupakan juara Akademi Fantasia 2015 telah mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September tahun lepas.