[VIDEO] Baru Nikah 6 Bulan Lepas, Wanita Hamil 5 Bulan Sayu Suami ‘Pergi’ Angkara Kecuaian Orang Lain

Kehilangan individu yang tersayang merupakan detik sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi jika ianya pasangan hidup.

Tetapi sebagai hambaNya, kita perlu akur dan redha dengan setiap ketentuan dari Ilahi.

BACA: [VIDEO] “Ibu.. Ibu pergi mana,” 2 Bulan Terkandas Kerana PJJ, Anak Menangis Rindu Ibu Buat Netizen Sebak

Sama seperti satu kisah yang sangat menyayat hati ini yang dikongsikan oleh wanita muda dikenali sebagai Rohana Ismail.

Menerusi muatnaik di laman Facebook, Rohana berkongsi posting kronologi bagaimana suaminya telah ‘pergi’ meninggalkannya selamanya setelah terlibat dalam satu kemalangan pada 1 Julai yang lepas di Jalan Subang Airport, Selangor.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Little Azam berkongsi bagaimana Allahyarham Mohamad Shahrul Asyraf dipercayai terlanggar van milik syarikatnya berikutan van yang dipandunya cuba mengelak daripada terkena serpihan yang dibawa oleh sebuah kenderaan yang lain.

“Rider yang melanggar van company saya telah meninggal. Harap sesiapa yang dapat dash cam kejadiaan tu dapat membantu 1/7/21 jam 11.00am area Jalan Subang Airport.

“Punca Hilux putih bawa plate besi jatuh dan saya elak lalu sebuah motor terlanggar van saya pandu.”

Menurutnya lagi, pemandu Hilux itu sempat melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mangsa.

“Minta tolong laa siapa yang bawa barang menggunakan Hilux. Ikat la kuat-kuat jangan sampai jadi kes seperti saya. Barang jatuh nak elak orang lain terima padah.”

BACA: Ibu ‘Pergi’ Akibat Kemalangan Pulang dari Kerja, Kakak Galas Tugas Jaga Empat Adik

Dalam pada itu, kakak kepada Allahyarham yang dikenali sebagai Atia Zafiera menerusi satu hantaran di Facebook menceritakan adiknya meninggal dunia pada pagi 3 Julai yang lalu, dan doktor menjelaskan punca kematian adalah disebabkan severe traumatic brain injury.

Tambahnya, ketika kejadian adiknya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

“Arwah sangat-sangat dipermudahkan Allah S.W.T. Start dari kemalangan sampailah arwah selamat dikebumikan.

“Terima kasih pada yang bertanya khabar dan mendoakan arwah semua.

“Dia seorang adik yang baik,ringan tulang, dan tak pernah lawan kata-kata kakak dia. Aku rasa tak percaya dia dah tak ada. Allahu semoga mu tenang di sana.”

Menerusi beberapa status yang dimuat naik oleh isteri arwah dikenali sebagai Rohana Ismail menceritakan dia berasa bersyukur mendapat seorang suami yang baik dan pada masa yang sama meminta orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya.

Difahamkan, pasangan ini sudah bercinta hampir 6 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari yang lalu. Apa yang lebih meruntun hati, apabila wanita cekal ini sedang hamil anak sulung mereka yang berusia lima bulan.

“Terima kasih Ya Allah kurniakan suami yang terbaik untuk saya. Sedekahkan Al fatihah buat suami saya Mohamad Shahrul Asyraf Bin Mohamed.

“Semoga dapat jumpa awak secepatnya sayang. Semoga kita dapat bersama hingga ke alam sana.

“2015-2021 terlalu banyak kenangan. Sept 2015-Bercinta
12/07/2020 -Tunang
15/01/2021-Kahwin
Feb 2021- Baby
02/07/2021- Awak tinggal saya

“Inshaa Allah ni last post. Sbg tanda saya akan ingat awak sokmo.”

BACA: “Tak sempat belai pelukmu, maafkan ibu sayang..” Hanya Beberapa Minggu Lagi, Bayi ‘Pergi’ Dalam Kandungan

Rohana juga sempat memberi nasihat kepada semua isteri supaya sentiasa menghargai kehadiran suami di sisi.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini dan mendoakan agar dirinya kuat menempuh hari-hari mendatang.