Bapa Terlantar Sakit, Anak Perempuan Angkat Guna ‘Kren’ Buat Ramai Kagum

Sering kali kita dengar anak-anak merupakan ‘anugerah’ terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa.

Namun tanpa kita sedar, apabila seeorang anak itu semakin membesar, ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah ‘amanah’ buat mereka.

Jasa kedua ibu bapa sejak kita lahir sehingga dewasa sudah tentu tidak terbalas dengan apa pun, akan tetapi sebagai anak, kita boleh membuat mereka bahagia dengan pelbagai cara yang lain.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana gadisyang tidak pernah mengeluh menjaga ayahnya yang sedang sakit sejak setahun lalu mendapat perhatian ramai.

Difahamkan wanita yang lebih mesra dikenali sebagai Aisyah ini menguruskan bapanya, Ishak Ahmad, 66, yang disahkan menghidap penyakit saraf pada 2008.

“Segala-galanya bermula apabila bapa saya cedera ketika bermain takraw di mana urat kakinya putus. Namun dia beransur pulih selepas itu. Pada 2017, keadaannya semakin merosot… bapa beransur-ansur tak boleh berjalan.” kata aisyah yang berusia 22 tahun ini

“Mula-mula dia berjalan pakai tongkat. Tapi sejak Disember tahun lalu, langsung tak boleh berjalan. Nak berdiri pun boleh sekejap saja. Jadi sekarang guna kerusi roda sepenuhnya. Sekarang ni hanya tangan kanan yang masih kuat sikit.”

“Mungkin ada hikmahnya juga kerana saya belajar secara dalam talian dari rumah sejak Januari tahun lepas. Jadi bolehlah bantu mak uruskan bapa ketika adik beradik lain bekerja jauh dan sudah berumah tangga,” ujarnya yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Menerusi laporan mStar, Aiayah sekeluarga menetap di Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang. Dia juga turut memaklumkan akan bangun seawal 5:30 pagi untuk menguruskan bapa tercinta.

“Bangun saja, saya kejutkan bapa untuk bersihkan dirinya dan solat. Pukul 7 saya keluar bekerja secara sambilan di pasar yang terletak berdekatan dengan rumah.”

“Alhamdulillah, bapa saya tiada kencing manis, darah tinggi atau penyakit lain. Dia tidak perlu makan ubat setiap hari… hanya bila perlu sahaja,” ujar anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini lagi.

Bukan itu sahaja, aisyah jugamengakui sebak setiap kali bapanya meminta maaf kerana dia merasakan dia telah menyusahkan anak-anaknya.

“Bapa asyik ulang ‘bapa banyak susahkan kamu semua’… setiap kali kalau saya bersihkan dirinya. Tapi saya tak rasa susah langsung. Dia bukan orang lain, dia bapa saya.”

“Lelaki inilah yang hantar anak dia seramai tujuh orang masuk universiti. Tak dapat nak sembunyikan rasa sebak dan sedih bila dengar bapa cakap macam tu selalu,” ujarnya.


Baru-baru ini Aisyah memuat naik videonya yang sedang menguruskan bapanya sekadar untuk perkongsian semata-mata.

“Masa tu saya nak angkat bapa dari kerusi roda untuk baringkan atas katil menggunakan kren yang dibeli dari Shopee. Bapa kata cuba rekod dan tunjuk dekat adik beradik lain.”

“Dalam masa yang sama saya post dekat TikTok juga. Tak sangka, ramai yang minta saya share pasal kren yang saya guna, katil, kerusi roda elektrik yang kami adik beradik beli untuk bapa.”

“Dan ramai yang ucapkan terima kasih sebab beri mereka inspirasi dan idea macam mana nak angkat orang sakit. Saya seronok bila secara tak langsung, video itu beri manfaat kepada yang lain.”

“Apa yang boleh saya kongsikan, kalau kita diberi peluang, jagalah ibu bapa sebaiknya. Kalau tiada peluang, cari juga.

“Nanti jika mereka tiada lagi, tak ada dah peluang nak berbakti. Hilanglah ladang pahala. Masa inilah kita pula berada di sisi mereka,” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@aisyahishak5Semoga bapak panjang umur, diberi kesihatan yg baik, dilimpahi rezeki, dilindungi Allah swt, bahagia selamat dunia akhirat. Sayang bapak 🌷.♬ original sound – Muqris Radi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebt telah meraih 835.3K tontonan, 68.6K tanda suka, 1813 komen dan 5411 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan omen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikp wanita ini dalam menjaga ‘harta’ dunia akhiratnya itu.

Dalam pada masa yang sama ada segelintir para netizen berkongsi pengalaman yang sama dan menyifatkan bahawa tidak semua orang memiliki kenangan seperti ini.

Warga maya juga berkesempatan untuk meninggalkan kata-kata semangat buat Aisyah sekaligus mendoakan akan kesembuhan bapanya supaya dapat berjalan seperti sediakala.