Netizen Tuduh ‘Buat Hidung’, Lana Nordin Jelaskan Terpaksa Disebabkan Kemalangan

Siapa tidak kenal dengan pelakon terkenal tanah air iaitu Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin.

Baru-baru ini, tular di media sosial dimana netizen mempersoalkan bentuk hidungnya yang dikatakan semakin pelik seolah-olah dibuat.

Malah ada juga netizen yang memerli dengan mengatakan adakah ianya ‘hidung raya’.

Dek kerana ramai yang bertanya sehinggakan menimbul kekecohan, Lana Nordin tampil menjelaskan isu tersebut menerusi live di laman Instagram miliknya.

Lana mengakui hidungnya ‘dibuat’ namun atas sebab terpaksa kerana pernah menjalani kemalangan semasa zaman remaja.

Tidak cukup dengan itu dia juga menerangkan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.

Hidungnya yang patah juga dikatakan terpaksa dimasukkan besi untuk beberapa tahun.

“Sebenarnya saya punya (cerita) peribadi, tak perlu nak cerita pun, tapi sibuk sangat nak tahu saya ceritalah.”

“Hidung saya ini, masa masih sekolah, saya kemalangan. Ketika itu saya bawa motosikal walaupun tak pandai, kemudian jatuh tersungkur, hidung berdarah, patah.

“Sejak daripada situ, hidung saya memang senget, pakai besi beberapa tahun. Selepas itu, disarankan buka (besi). Selepas buka saya letaklah plastik, sebab kalau besi sejuk,” katanya.

Dalam pada itu, Lana turut mengakui dia terpaksa membuat prosedur terbabit demi kebaikan dan sebenarnya tak pernah terfikir mengubah apa-apa pada wajahnya kalau bukan terpaksa.

“Sampai sekarang hidung saya senget, memang aslinya pun senget. Bila orang tanya sama ada saya buat hidung, memang saya buat sebab dipaksa buat akibat sudah lama patah.

“Tapi bila guna plastik, ada jangka hayatnya. Lima, enam tahun ke sepuluh tahun kena tukar. Jadi saya tukarlah supaya ia tak bernanah.

“Siapa yang komen pasal saya tukar kejadian Tuhan atau apalah, muka saya asli okay. Kalau ini (hidung) tak kemalangan, sudah lama saya tak tukarlah,” katanya.

Malah, Lana juga mengecam sikap mudah jatuh hukum netizen  yang tidak tahu-menahu mengenai sebab sebenar dia perlu lakukan sesuatu pada hidungnya itu.

“Hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk. Cuba bersangka baik fikir saya dulu pernah kemalangan atau terpaksa tukarkah? Kamu tak tahu cerita saya tapi sibuk nak tahu pasal lubang hidung saya,” katanya.

“Korang ni dah banyak sangat buat dosa kering saya tengok kan, sampai saya kesian lah nanti kang tak jumpa dekat padang mahsyar” ujarnya.

Video yang tular di laman Instagram:

“Sebab kak lana makin kurus kot..pipi dh cengkung tu baru nampak hidung tu..dulu masa anak dara kan berisi x nampak sgt…ape pon cantik..”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Lana Nordin dimana orang pada masa kini sering bersangka buruk dan dengki dengan kehidupan orang lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga menasihatkan Lana Nordin agar pejam mata dan pekak kan telinga dengan apa yang dikatakan oleh netizen yang busuk hati.

Berikut merupakan komen warga maya:

“be positive and thinking with a clean heart”

“ignore kata2 negative orang sekeliling.. melayu dengan dengki berpisah tiada.. pedulikan mereka tu..”


“seram baca komen masing2.. hidung dia bukan hidung korang.. akhir ramadhan pun hati masih hitam.. manusia2 apa nak jadi..”

“sabar ye kak lana.. apa la diorang ni, isu lama kenapa nak dibangkit bangkitkan lagi..”