“Balik kampung utk berpantang” Kelantan Hilang Zon Hijau, Doktor Ini Dedahkan Punca Wanita Hamil Pulang

Kelantan yang sebelum ini lebih sebulan bebas daripada Covid-19, kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita yang sedang hamil.

Menerusi laporan Harian Metro, perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, di mana usia kandungan 32 minggu.

“Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.

“Apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri. Wanita itu balik ke kampung apabila dibenarkan untuk rentas negeri baru-baru ini.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

Rentetan daripada kes ini, seorang doktor telah berkongsi kisah wanita itu yang dikatakan pulang ke kampung dari ibu kota untuk bersalin.

Menerusi perkongsian Twitter, Amirul Azhar berkongsi punca wanita ini pulang ke kampung di Kelantan.

“Since pejabat kesihatan dah sahkan, aku boleh tweet kot. Ada kes dari Lembah Klang, balik kampung (zon hijau) utk beranak, positif covid19.

“Di kampung ada 2 org tua (mak ayah), yg skrg ni dah terdedah dgn virus ni. Semua tahu org tua sgt berisiko tinggi.

Menurut Amirul Azhar lagi, dia memahami bahawa wanita tersebut mungkin berasa tidak selesa andai kata perlu berpantang selepas melahirkan seorang diri di bandar, namun risiko membawa jangkitan kepada ibu bapa juga besar.

“Dia balik mgkin sbb susah nak berpantang sorg2 kat rumah. Ya faham. Tapi bila bawa virus ke parents, sama juga kena pantang sorg2. Mak ayah tu dah berusia, kalau apa2 jadi, percayalah menyesal tak guna dah masa tu.

“Skrg ni tak pasti lg punca jangkitan dari mana. Entah2 dpt virus covid masa berhenti rehat kat stesen minyak ke otw balik kampung tu. Kita tak tahu, virus ni benda tak boleh nampak.

“Pihak polis pun kena mainkan peranan. Kenapa boleh bagi pelepasan utk rentas negeri dgn alasan nak beranak. Minggu ni je dah jumpa lebih 10 org yg balik kampung utk beranak. Pelik, ada yg mngandung baru 33 minggu pun dpt kebenaran polis.

“And pesakit yg positif ni asymptomatic. Bermakna tak demam, tak batuk, tak sakit tekak.”

Dalam pada itu, Amirul Azhar turut menyarankan agar pihak berkuasa lebih mengetatkan pemeriksaan agar tiada kes seperti in berulang lagi.