Bakar Hutan Demi ‘View’ Tinggi, TikToker Pakistan Teruk Dikecam Gara-Gara Konten Sampah.

Pada zaman kini, manusia sanggup bertindak melakukan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata demi ‘content’ murahan.

Sebelum ini pun ramai ‘youtuber’ yang dikecam kerana memuat naik ‘content sampah’ yang jelas ingin mengaut viewers dan mengundang kecaman netizen.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang TikTokers dilaporkan telah membakar hutan dengan sengaja untuk meraih sensasi di akaun media sosial miliknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, dia dilihat mengenakan gaun bewarna perak menyelusuri lereng bukit dengan berlatarkan api yang sedang marak.

“Api meletus di mana sahaja saya berada” – tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan perkara tersebut, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Rina S Khan Satti memberikan pandangan malah menetang sekerasnya apa yang dilakukan oleh wanita tersebut ekoran keadaan Pakistan kini dilanda kemarau dan panas terik.

Dia juga memaklumkan jika perkara tersebut berlaku di Australia pastinya pelaku akan di penjara seumur hidup kerana mencetuskan kebakaran.

Kelihatan juga di dalam video yang tular, dua orang lelaki sedang memulakan pembakaran hutan dengan menggunakan pemetik api di Margalla Hills, Pakistan.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap wanita tersebut yang seolah-olah tidak berfikir panjang apabila ingin melakukan sesuatu perkara.

Malah netizen juga geram dengan sikap individu masa kini yang sanggup melakukan apa sahaja demi views yang tinggi di laman sosial.

Berikut merupakan komen warga maya: